Mari lihat cara tanam cili sejambak seperti dalam gambar di atas. Memang cantik dan merimbun dibuatnya.
Menanam cili jambak memerlukan kesabaran dan pengetahuan yang tepat untuk memastikan kejayaan dalam proses penanaman. Dengan mengikuti langkah-langkah yang betul, anda boleh menikmati hasil cili yang berkualiti tinggi di halaman rumah anda.
Baca juga: Ayam Cream Cheese Cili Padi, Cukup Rasa Pedas Lemak Berkrim Lembut
Langkah 1:
✔ Sebelum menanam, rendam biji benih selama 8 jam atau semalaman.
✔ Tujuan rendaman adalah untuk melunakkan kulit luar biji cili supaya mudah bertunas dan akar baru dapat muncul dengan cepat.
✔ Sebaiknya gunakan air yang tidak mengandungi klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tidak ada, gunakan air paip sahaja.
Langkah 2:
✔ Keringkan biji benih yang telah direndam menggunakan penapis, kertas atau tisu.
✔ Tujuan pengeringan adalah agar biji mudah untuk ditanam dan dikendalikan.
Langkah 3:
✔ Sediakan tapak semaian seperti dulang atau bekas kecil untuk menanam. Gunakan peatmos atau sabut kelapa yang hancur untuk menanam biji benih.
✔ Anda juga boleh menggunakan tanah organik atau topsoil.
Langkah 4:
✔ Buat lubang menggunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam atau cetek.
✔ Letakkan satu biji benih dalam setiap lubang di dalam dulang.
Langkah 5:
✔ Selepas menanam, siram dengan air menggunakan semburan halus atau cara yang lembut.
✔ Jangan terlalu banyak air sehingga medium semaian keluar dari dulang atau bekas.
Langkah 6:
✔ Pindahkan dulang atau bekas semaian ke tempat yang redup. Tutup dengan plastik hitam selama 3 hingga 5 hari.
✔ Pada hari ke-3 hingga ke-5, biji benih akan bertunas. Anda boleh membuka plastik hitam tersebut.
Langkah 7:
✔ Biji yang telah bertunas akan memiliki dua helai daun. Pindahkan biji ke kawasan yang menerima cahaya matahari, tetapi hindari langsung di bawah cahaya matahari.
✔ Siram pada waktu pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau gunakan net hitam.
Langkah 8:
✔ Setelah biji berumur 1 minggu, beri baja subur dengan sedikit kuantiti (beberapa biji) pada setiap pokok dalam dulang. Boleh juga menggunakan baja organik.
✔ Setelah berumur 2 minggu atau memiliki 3 hingga 6 helai daun, boleh pindahkan ke dalam pasu, polybag atau langsung ke dalam tanah.
Langkah 9:
✔ Beri baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali.
✔ Untuk pokok yang bebas daripada penyakit dan serangga, semburkan racun organik seminggu sekali.
✔ Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk memperkembangkan buah.
✔ Jika menggunakan baja biji NPK, berhenti memberi baja apabila pokok berbuah untuk mengelakkan buah gugur.
Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili. Dengan mematuhi langkah-langkah yang disarankan untuk menanam cili jambak, anda boleh memastikan pertumbuhan yang sihat dan menghasilkan hasil yang memuaskan.
Penjagaan yang berterusan dan penggunaan baja yang sesuai akan membantu meningkatkan hasil dan kualiti cili yang ditanam. Semoga bermanfaat.
Baca juga: Trik Simpan Cili Supaya Tak Cepat Kecut Dan Tahan Lama
Sumber: Harmagidun
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…