cara simpan sayur

Tak ramai yang mengambil berat berkenaan cara simpan sayur yang betul bagi memastikan ia kekal segar dan menjimatkan ruang di dalam peti ais.

Boleh rosak mood memasak apabila melihat sayur-sayuran tidak lagi segar dan sudah menjadi layu.

Jadi, apakah tips yang boleh diguna pakai bagi mengekalkan kesegaran sayur agar tidak cepat layu?

Menerusi perkongsian oleh satu pemilik akaun laman sosial Facebook bernama ‘Memey Sedak’, dia ada berk0ngsikan petua penyimpanan sayur yang boleh dipraktikkan bersama.

Baca juga: Cara Simpan Lemon Supaya Tahan Lama, Berbulan-Bulan Pun Kekal ‘Fresh’!

CARA SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR & JIMAT RUANG

Berikut merupakan perkongsian olehnya:

Lain orang lain caranya tapi cara saya, saya suka beli sayur segar di pasar basah berbanding di pasar raya sebab boleh pilih yang segar dan hijau. Beli pulak banyak-banyak untuk stok seminggu.

Kalau dulu untuk simpan sayur-sayur yang banyak ini blur kejap sebab tak muat ruang kemudian main sumbat je ke dalam laci sayur sampai ada sayur yg dah layu baru nak masak. Makan pun dah tak ada zat dah.

Jadi untuk pastikan sayur yang kita simpan kekal segar selain boleh jimatkan ruang penyimpanan saya buat cara macam ini.

Cara-caranya:

1. Mula-mula basuh dulu sayur dan toskan. Tujuan kita basuh dulu adalah bila nak masak boleh guna terus tak perlu susah nak basuh lagi. Masa masak pun boleh jimat.

2. Selepas itu, wrap sayur itu ikut portion kita masak. Biasanya dalam setengah kilogram sayur, saya akan bahagikan beberapa portion. Jadi senanglah bila nak masak sikit ambil satu, dan kalau nak masak banyak boleh ambil dua. Nak jimat beli je Plastik Wrap dekat kedai ECO. Dua ringgit je. Jimat pun jimat.

cara simpan sayur

3. Bagi bahan masak yang kita kerap guna tapi sedikit seperti cili padi, halia, kunyit dan cili merah. Biasanya saya akan simpan dalam bekas yang terbuka. Senang nak ambil dan senang juga untuk disimpan balik bakinya.

cara simpan sayur

Semoga bermanfaat!

Kredit: Facebook Memey Sedak

Baca juga: Cara Simpan Daun Ketumbar Tahan Lama, 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN