
Periuk kaca hangus dan hitam legam? Jangan terus buang! Pasti ramai yang pernah lalui situasi di mana terlupa tutup api semasa panaskan makanan. Bila tersedar, makanan dah rentung dan periuk pula jadi hitam berkerak.
Kalau periuk biasa mungkin tidak rasa apa-apa, tapi bila yang terbakar itu periuk kaca yang mahal, memang rasa rugi. Biasanya, ramai ambil keputusan untuk buang sahaja kerana ingat sudah tidak boleh diselamatkan.
Tapi sebenarnya, periuk kaca yang rentung itu masih ada harapan untuk dibersihkan. Tidak perlu gosok terlalu kuat atau beli bahan mahal. Ada satu petua mudah yang boleh dicuba dan hasilnya memang memuaskan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara paling mudah dan berkesan untuk bersihkan periuk yang hitam hangus. Jangan lupa baca sampai habis, petua ini mungkin berkesan untuk selamatkan periuk kesayangan anda!
Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!
CARA HILANGKAN KESAN HANGUS & HITAM PADA PERIUK KACA

Bahan-bahan:
- Air
- Soda bikarbonat
- Cuka
Cara-cara:
- Campurkan air, soda bikarbonat dan cuka dalam periuk.
- Rendam periuk yang hangus dalam campuran ini.
- Jika kesan hangus masih tak tanggal selepas rendaman pertama, rendam lebih lama (contohnya beberapa minggu).
- Selepas rendam, sental menggunakan span kasar selama kira-kira 30 minit.
- Kesan hitam akan tanggal dan permukaan periuk kembali bersih tanpa calar.
Hasilnya:
Periuk kaca yang rentung dan penuh dengan kerak tadi kembali bersih semula dan kelihatan hampir seperti baru. Petua ini sangat mudah, tak memerlukan bahan mahal dan sangat berkesan.

Sumber: Lia Johari
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Masam, Tengik & Kepam Pada Pengisar, Auto Macam Baru!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














