udang lipan

Buat penggemar udang lipan atau juga dikenali dengan nama udang ketak tentu teruja untuk mengetahui cara untuk mendapatkan isi udang yang sempurna untuk dimakan.

Kebiasanya udang lipan ini, min akan buat lauk masak lemak cili api.

Tapi bila digoreng, memang kita akan berdepan dengan masalah isinya yang melekat dikulit.

Jadi, isi udang itu mesti dapat makan sikit saja. Kadang macam rugi pun sebab keenakan rasa udang lipan ini terletak pada isinya yang manis.

Tapi jangan risau, perkongsian dari pengguna media sosial ini ada cara nak dapatkan isi udang seketul-seketul tu.

Jom kita scroll.

Cara Siang Udang Lipan


Langkah 1: Gunting bahagian sisi kiri dan kanan udang lipan seperti di dalam gambar. Ini bertujuan untuk memudahkan isi dikeluarkan untuk proses seterusnya nanti.


Langkah 2: Bersihkan udang seperti ini.


Langkah 3: Rendam di dalam ketulan ais selama 2 jam.


Langkah 4: Kopek kulit udang lipan dan asingkan.


Langkah 5: Macam inilah rupa isi udang yang telah dikopek kulitnya. Memang puas makan dapat isi seketul-seketul macam ini.


Semoga bermanfaat!


Sumber: Fauziah Gee Mard

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN