Ada orang ingat cara siang udang galah memadai sekadar di buang ‘janggut’ udang atau dibelah bahagian belakang udang. Bagi yang tak biasa, memang agak susah juga sebenarnya nak siang udang galah ni sebab ia mempunyai penyepit yang keras dan panjang.
Tapi sebenarnya masih belum selesai proses membersihkan udang galah, kalau tak membuang bahagian yang mengandungi kantung najis udang galah tersebut.
Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya
Udang tersebut perlulah disiang dan dibersihkan dengan betul terutama bila masak udang galah yang bersaiz besar. Jangan ambil sambil lewa untuk mengetahui lanjut cara bagaimana untuk membuangkan kantung najis tersebut.
Jom ikuti perkongsian daripada Cik Puan Mama Rizza ini. Semoga ia bermanfaat dan dapatlah kita bersihkan udang dengan cara yang betul.
1. Mulakan dengan memotong bahagian mata. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.
2. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.
3. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.
4. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.
5. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam. Bahagian kepala siap.
6. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.
7. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.
8. Bilas dan alirkan air. Sebab dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.
Siap!
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini
Buah delima memang terkenal dengan rasa manis yang unik dan banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan,…
Jika anda teringin menu yang senang dan tidak berat, cubalah resipi sup telur pecah atau…
Orang Malaysia memang suka masak lauk sambal kerana kena dengan citarasa tekak yang sukakan pedas.…
Cara buat cheese indulgence ini sebenarnya sangat mudah dan ringkas, sesuai untuk sesiapa sahaja yang…
Cucur bilis kembung yang dikongsikan oleh Princess Larra Lanna ini memang sedap! Bentuknya bulat elok…
Sudah sering makan apam versi biasa, tapi kali ini lain dari yang lain kerana kami…