kek coklat moist gebu

Kek coklat moist gebu ni bukan setakat mak-mak, anak pun suka makan. Kalau sebelum ni asyik beli je, apa kata kali ini jom cuba buat sendiri di rumah.

Ikut saja resipi yang dikongsi oleh Azlina Ina di bawah. Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup dikenali ramai kerana menjual kek-kek yang sedap dan viral.

Beliau juga tak lokek ilmu turut berkongsikan pelbagai resipi kek yang dijual di kedainya termasuklah resipi kek coklat moist ini.

Jadi sesiapa yang tak pandai buat kek coklat, wajib cuba resipi di bawah yang gerenti jadi. Katanya dah beratus ribu bekas terjual!

Resipi Kek Coklat Moist Gebu

“Sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist selama ini dan tak pernah gebu, boleh cuba resipi ini.

Sudah beratus bekas terjual

dan buat. Bestnya semua kek ini jadi gebu walaupun dengan menggunakan step ‘short cut’. Rasanya tetap mantap dan sedap.”

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 3 sudu bekas emolco coklat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum – 2 kali ayak dengan 1/2 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovalate

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dan adun sehingga kembang gebu.

2. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu full krim.

3. Adun sehingga naik dua kali ganda dan adunan menjadi gebu likat.

4. Perlahankan mixer, masukkan 1 cawan minyak.

5. Adun sekali lagi sehingga sebati dan siap.

6. Masukkan dalam bekas dan balut dengan wrapping.

7. Kukus selama 20 minit.

8. Siap untuk dicurahkan coklat ganache. Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Fans

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN