Biasa kita rebus kerang menggunakan air kan? Rupanya ada cara rebus kerang tanpa guna air setitik pun.
Jika kerang direbus menggunakan teknik ini, isinya akan jadi lebih sedap. Isi kerang juga tidak jadi berair dan tidak liat sama sekali.
Kalau nak tahu bagaimana caranya, jom ikuti perkongsian oleh Syah Musafir di bawah.
Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut
Untuk merebus kerang, ikut tips isteri saya Rahimah AR Zawjah, tak perlu guna air pun. Pelik kan, rebus tak guna air?
Tak guna air sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Saya kongsi caranya di setiap gambar ya. Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa.
Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut, tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik, tak perlu letak air. Guna api kecil.
2. Apabila air kuali kering, masukkan kerang.
3. Jangan risau bila nampak berasap macam ni, ianya kerana tiada penggunakan air.
4. Beberapa ketika kemudian, air dari kerang mulai keluar dan mendidih.
5. Air akan makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ya. Setelah lebih kurang 10 minit. kerang sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit petua dan gambar: Syahr Musafir
Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…