Ternyata, ada cara rebus jantung pisang yang betul supaya hasilnya cantik dan tiada kesan birat hitam. Anda boleh ikuti trik dan tips di sini.
Hidangan jantung pisang memang lazat sama ada dimasak gulai atau kerabu. Tetapi yang paling mudah adalah jantung pisang rebus. Ia ringkas tetapi sedap terutamanya apabila dicicah dengan sambal belacan.
Namun, masalah yang sering timbul apabila merebus jantung pisang adalah ia akan kelihatan berwarna hitam selepas dimasak. Ini adalah perkara biasa yang sering berlaku.
Baca juga: Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya
Untuk memastikan jantung pisang yang direbus kelihatan cantik tanpa kesan hitam, terdapat cara yang boleh dilakukan.
CARA REBUS JANTUNG PISANG YANG BETUL
Menurut Razilah Said, petua dan ilmu ini diturunkan dari allahyarham ibunya. Beliau berharap semoga pahalanya sampai kepada ibunya. Amin.
Bahan-bahan:
- Jantung pisang
- Air secukupnya
- Garam secukupnya (optional)
Cara-cara merebus:
1. Masukkan air dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih. Pastikan kuantiti air mencukupi untuk merendam seluruh jantung pisang.
2. Setelah air mendidih, tambahkan sedikit garam ke dalam air jika anda ingin memberi sedikit rasa pada jantung pisang yang direbus.
3. Masukkan jantung pisang ke dalam air mendidih (tak perlu potong). Biarkan ia merebus dengan api sederhana sehingga jantung pisang menjadi lembut. Ini biasanya memakan masa kira-kira 10 hingga 15 minit, tetapi masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz dan ketebalan jantung pisang.
4. Semak kelembutan jantung pisang dengan menusuknya dengan garfu atau pisau tajam. Sekiranya jantung pisang sudah lembut dan mudah ditembus, ia sudah masak.
5. Apabila jantung pisang sudah masak, toskan dan barulah dibelah. Hasilnya,- jantung pisang takkan berbirat hitam.
6. Jantung pisang yang telah direbus siap untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Antara Kelebihan Jantung Pisang Yang Ramai Tak Tahu
- Kaya dengan serat
- Sumber nutrien
- Menyokong kesihatan jantung
- Mengandungi antioksidan
- Menyokong kesihatan mata
- Menyokong pemulihan sukan
Semoga bermanfaat.
Sumber: Razilah Said
Baca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu