cara rebus barli

Jom pelajari cara rebus barli dengan betul agar dapat bertahan dengan lebih lama. Barulah boleh dijadikan stok dan tidak perlu merebusnya setiap kali mahu minum.

Untuk pengetahuan anda, air barli sangat bagus untuk menyejukkan badan, terutamanya apabila cuaca panas terik seperti sekarang.

Minuman ini juga mampu membuatkan perut menjadi cepat kenyang. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Selain itu, air ini bagus untuk mereka yang mengalami masalah kencing kotor. Ada juga yang mengatakan barli boleh mengawal gula dalam darah dan mengurangkan kolestrol.

Oleh itu, mari kita pelajari cara membuat air barli dengan betul seperti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Air Rebusan Serai Bukan Biasa-Biasa, Boleh Elak Kencing Kotor & ‘Flush’ Kuman!

CARA REBUS BARLI AGAR TAK CEPAT BASI

Cara masak dan penyediaan air barli:

1. Basuh barli dengan bersih dan toskan.

2. Rendam barli selama 2 hingga 3 jam.

3. Rebus barli bersama 1 liter air.

4. Masak barli dengan api perlahan sehingga mendidih atau barli pecah/kembang.

5. Bila dah siap masak, biarkan sejuk sebentar.

6. Ambil dua sudu barli dan campurkan dengan air panas.

7. Boleh diminum kosong atau bersama gula/gula batu, lemon atau mengikut cita rasa masing-masing.

8. Jika masih ada lebihan barli tadi, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais bahagian chiller. 

9. Barli boleh bertahan selama 3 hingga 4 hari. Semoga bermanfaat!

Sumber: Juejaffar via Lemon8

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN