Cara pilih periuk yang betul sebenarnya boleh membantu anda mendapatkan periuk yang tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat. Selain melihat harga atau jenama, ada satu petua yang dikongsikan oleh seorang wanita di Threads yang menarik perhatian ramai kerana diwarisi daripada orang lama.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, makdakrizqy, dia mendedahkan ibunya sentiasa berpesan supaya memeriksa bahagian bawah periuk sebelum membeli. Menurutnya, petua tersebut diperoleh daripada arwah neneknya dan masih diamalkan kerana terbukti menghasilkan periuk yang mampu bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun.
Baca juga: Tips Bihun Goreng Sedap, Jangan Rendam Lama! Ini 7 Rahsia Hasil Cantik Macam Di Kedai
Dalam hantarannya, wanita itu berkongsi bahawa ibunya sentiasa mengingatkan supaya memilih periuk yang mempunyai tulisan 18/10 stainless steel pada bahagian bawah.
Menurutnya, periuk peninggalan arwah neneknya masih berada dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan selama puluhan tahun. Malah, periuk yang sama kini digunakan olehnya untuk memasak di rumah ibunya.
“Mak aku pesan, nak beli periuk cari yang belakang dia ada tulis 18/10 stainless steel. Tips ni mak aku dapat dari arwah nek aku.
Sebab tahan, tak berkarat walaupun dah guna puluhan tahun. Periuk tinggalan arwah nek aku masih cantik dan tahan sampai 3 generasi. Sekarang aku pulak yang pakai untuk masak kat rumah mak aku.”
Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang mengakui pernah menerima nasihat hampir sama daripada ibu atau nenek mereka ketika membeli peralatan dapur.
Ramai yang melihat label ini pada periuk, namun tidak mengetahui maksud sebenar nombor tersebut.
18/10 stainless steel merujuk kepada komposisi logam yang digunakan untuk menghasilkan keluli tahan karat.
Gabungan kedua-dua unsur ini menjadikan periuk lebih lasak untuk kegunaan harian serta mampu mengekalkan rupanya dalam tempoh yang lama jika dijaga dengan baik.
Selain dikatakan tahan lama, periuk jenis ini juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang membuatkan ia menjadi pilihan ramai.
Antaranya ialah:
Walaupun begitu, label 18/10 stainless steel bukan satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian ketika membeli periuk. Pengguna juga disarankan memilih produk daripada pengeluar yang dipercayai serta mengamalkan penjagaan yang betul bagi memastikan periuk dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Perkongsian daripada makdakrizqy ini membuktikan bahawa petua yang diwariskan daripada generasi terdahulu masih relevan sehingga kini. Bagi anda yang sedang mencari cara pilih periuk yang tahan lama, tip mudah ini mungkin boleh dijadikan panduan sebelum membuat pembelian seterusnya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: makdakrizqy
Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Goreng Dengan Satu Bahan Rahsia, Hasilnya Isi Ayam Lebih Lembut Berjus
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…