Tak ramai yang tahu cara pilih buah nanas yang manis dan ranum. Jika tersalah beli, buah tersebut akan masam dan belum masak sepenuhnya.
Rasa nanas yang manis dan berjus membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Siapa saja pasti akan tergoda dengan buah yang berwarna kekuningan ini.
Jadi, mari kita praktikkan 6 cara di bawah semasa sedang memilih buah nanas.
Baca juga: Tips Beli Buah Oren Yang Manis, Kena Pilih Yang Ada Lubang Macam Ini
CARA PILIH NANAS YANG MANIS
1. Warna
Buah nanas yang masih berwarna hijau sudah boleh dipetik. Namun begitu, ia masih belum ranum dan tidak cukup manis untuk dimakan. Lebih baik jika memilih buah yang sudah benar-benar masak sebelum dipetik.
2. Aroma
Buah yang sudah masak mempunyai aroma yang harum. Oleh itu, pastikan anda menghidu terlebih dahulu sebelum memilih buah. Sekiranya bau lebih ke arah masam, kemungkinan besar ia buah lama dan sudah busuk.
3. Saiz
Lebih baik jika memilih buah nanas yang bersaiz besar kerana memiliki lebih banyak isi. Maklumlah setelah dibuang kulit, isi buah tidak begitu banyak.
4. Kulit
Semasa sedang memilih buah nanas, perhatikan pada bahagian luarnya. Nanas yang manis memiliki warna kulit yang terang, bukanlah yang berwarna malap atau kelam. Warna kulit yang berwarna oren kekuningan menandakan ia sudah masak.
5. Tekstur
Nanas yang sudah ranum mempunyai tekstur yang empuk bila ditekan. Elakkan membeli nanas yang masih keras kerana ia masih muda dan belum sedia untuk dimakan.
6. Daun
Daun yang terdapat pada buah nanas tersebut rupanya memainkan peranan dalam memilih buah yang manis. Jika daun tersebut sudah layu, maksudnya buah itu sudah lama masak.
Oleh itu, jangan lupa praktikkan 6 tips ini semasa sedang memilih buah nanas. Barulah tak membazir jika terbeli buah yang busuk atau belum masak. Semoga bermanfaat!
Kredit: sinarplus
Baca juga: Tips Pilih Buah Mangga Yang Ranum, Manis & Lazat. Memang Berkesan!