Rupanya ada cara pilih buah mangga yang boleh dijadikan panduan supaya buah yang dibeli rasanya manis dan ranum elok.
Namun begitu, ada juga yang menyukai mangga muda berbanding mangga manis. Walau apa pun jenis yang anda sukai, sebaiknya teliti terlebih dahulu mangga yang mahu dibeli.
Jenis buah ini bukan saja sedap, malah ia mempunyai banyak kandungan vitamin C dan nutrisi lain yang sangat baik untuk kesihatan.
Baca juga: Cara Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Ranum, Baru Tak Tersalah Beli Yang Tawar
CARA PILIH BUAH MANGGA YANG RANUM, MANIS & LAZAT
1. Tengok pada batang mangga
Mangga yang sudah masak mempunyai sedikit getah pada tangkainya. Tangkainya juga terlihat lubang di bahagian dalam. Tangkai mangga yang belum matang dan muda pula akan terlihat seperti digunting dan terdapat banyak getah.
2. Lihat bentuknya
Mangga yang bulat di bahagian atas (bahagian dekat batang) biasanya lebih manis berbanding dengan mangga yang bentuknya leper dan bujur.
3. Cek kulit mangga
Pilih mangga yang kulitnya tipis. Mangga yang masih muda, kulitnya cenderung lebih tebal. Mangga matang pula, kulitnya ada kesan getah kehitaman pada batangnya.
4. Cium aromanya
Mangga yang matang mempunyai aroma yang lebih kuat. Jika mangga dijual di dalam astu bekas, sebaiknya memilih mangga yang beraroma lebih kuat berbanding mangga lain.
Sumber: Leha Yusuf
Baca juga: Masam Masam Manis Buah Oren Rupanya Ada 12 Khasiat Ini, No. 5 Itu Paling Ramai Suka!