Categories: Tips & Petua

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Banyak Air Dan Manis, Isi Pun Tebal Elok!

Waktu panas terik, minum air kelapa muda memang sangat menyegarkan! Lagi nikmat bila dapat hirup isinya sekali, puas betul rasanya.

Namun, keenakan air kelapa dan isinya bergantung kepada kualiti buah yang dipilih. Jika tersilap pilih, hasilnya mungkin mengecewakan.

Kelapa muda yang berkualiti biasanya memiliki tekstur isi yang lembut dan tidak keras, serta kaya dengan kandungan air yang banyak.

Berikut adalah lima perkara yang perlu diperhatikan ketika membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.

Baca juga: Bukan Hanya Penyejuk Tekak, Tapi Ada 12 Kebaikan Minum Air Kelapa

CARA PILIH KELAPA MUDA BANYAK AIR & ISI SEDAP

1. Goncangkan kelapa

Untuk mengetahui kandungan air dalam buah, goncangkan buahnya. Kelapa muda seharusnya mempunyai banyak air, jadi anda boleh menganggarkan kandungannya melalui bunyi air ketika digoncang.

2. Perhatikan warna kulit kelapa

Ramai yang beranggapan kelapa muda mesti berwarna hijau keseluruhannya. Namun, warna buah kelapa dipengaruhi oleh lokasi tumbuhnya. Buah yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, sementara yang tumbuh di kawasan berbukit pula berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa dari kawasan berbukit mempunyai lebih banyak isi dan lebih manis.

3. Periksa serat kelapa

Elakkan memilih kelapa yang berwarna coklat tua. Pastikan kelapa yang dipilih mempunyai serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan buah tersebut masih segar dan muda.

4. Perhatikan tangkai kelapa

Di bahagian pangkal atas kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan tangkainya. Lingkaran ini menandakan usia kelapa. Buah yang muda biasanya mempunyai garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar, sementara buah tua mempunyai lingkaran yang lebih lebar.

5. Tepuk kelapa
Untuk mengetahui tekstur dan rasa isi kelapa yang manis, cubalah menepuk buah kelapa tersebut. Jika terasa bergetar, itu tandanya isinya elok, lembut, dan mudah disudukan.

Sumber: sinarplus

Baca juga: Senang Je Nak Buat Kelapa Jelly. Makan Waktu Cuaca Panas, Sejuk Tekak!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago