Tak ramai yang tahu cara panaskan nasi sejuk dengan betul. Jika salah cara, nasi akan menjadi kering dan tidak sedap untuk dimakan.
Selepas ini, jika ada lebihan nasi yang tidak habis, panaskan saja mengikut cara yang dikongsikan oleh Izz Ekin di bawah.
Jika menggunakan cara ini, nasi sejuk dijamin akan menjadi lembut dan berderai elok macam baru ditanak. Selamat mencuba!
Baca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu ‘Bahan’ Ini Semasa Ditanak
CARA PANASKAN NASI SEJUK SUPAYA LEMBUT ELOK
“Pernah ternampak pasal nasi cuci ini. Kebetulan 2 hari lepas masak nasi terlebih, simpan peti ais.
Musim panas ni makan nasi pun kurang. Selalu nasi sejuk saya kukus, tapi hari ini saya cuba cuci nasi itu, kemudidian masuk rice cooker.
Hasilnya, nasi berderai cantik dan lembut macam nasi baru masak. Terima kasih pada yang berkongsi ilmu. “
Cara-caranya:
1. Cuci nasi sejuk seperti basuh beras.
2. Kemudian buang semua air dan masak nasi macam biasa di dalam periuk nasi.
3. Hasilnya, nasi elok berderai dan lembut elok sama seperti baru dimasak. Selamat mencuba!
Sumber: Izz Ekin
Baca juga: Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Semula, Nombor 7 Paling Ramai Buat!
Baca juga: 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari