Categories: Tips & Petua

Cara Order Subway Sedap Dan Berbaloi, Bekas Pekerja Ini Kongsi TIP

“Peningnya tengok menu ni… Banyak betul pilihan. Macam mana cara beli Subway yang sedap ye?”

Subway merupakan antara restoran ‘fast food’ yang tak kurang popular di Malaysia. Biasanya orang akan pergi Subway bila dah bosan dengan pizza, burger atau ayam goreng.

Subway juga sesuai untuk dimakan oleh mereka yang sedang berdiet kerana di sini juga ada menjual salad.

Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan

Tapi cara memesan sandwich di Subway agak rumit kerana pelanggan perlu memilih sendiri dari jenis roti, inti, sayur dan sos yang mempunyai banyak jenis.

Kalau tersilap pilih ‘kombinasi’, mungkin akan dapat yang tak kena dengan citarasa.

Ikuti perkongsian dari bekas pekerjanya untuk dapatkan sandwich yang sedap dan berbaloi.


CARA BELI SUBWAY SANDWICH LEBIH SEDAP

Ada 5 langkah bila memesan sandwich di subway :

  • Pilih menu
  • Pilih jenis roti
  • Pilih isi sandwich
  • Pilih sayur
  • Pilih sos

1. Pilih Menu

Di Subway, bukan sahaja ada sandwich, malah anda juga boleh pilih wrap atau salad.

Salad pula ada 6 inch untuk saiz sandwich biasa atau ‘footlong’ untuk sandwich panjang.

2. Pilih Jenis Roti

Di Subway ada 2 jenis roti putih dan 3 jenis roti wholemeal.

Roti Putih:

  • Italian Bread – Roti putih biasa.
  • Parmesan Oregano – Roti putih dengan parmesan.
  • Heart Italian – Roti putih tetapi rasa lebih keras dan rangup berbanding semua roti di Subway.

Roti Wholemeal :

  • Wheat – Roti wholemeal biasa .
  • Honey Oat – Roti Wholemeal dengan topping oat.

Roti akan dibakar dahulu sementara anda pilih isi sandwich. Kalau nak roti dibakar lama sedikit, boleh pesan dengan sandwich artist untuk buat “double toast”.

3. Gabungan Sos

Gabungan sos yang paling sedap adalah Ranch (minta extra), Thousand (minta extra), Sweet Onion, Mayonnaise, Olive Oil, Chili, Chipotle Southwest dan BBQ. Gabungan sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuklah salad dan wrap.

4. Sayur-sayuran

Kalau anda penggemar sayur, minta je extra. Tak dikenakan cas tambahan pun. Sos pun tak dikenakan cas. Yang ada cas tambahan adalah daging sahaja.

5. Order Sup Cendawan

Tak semua orang tahu yang Subway sebenarnya ada sup cendawan. Kalau anda order wrap, boleh cuba makan dengan sup cendawan. Sedap!

6. Jangan Ambil Sos Ketchup

Sos ketchup adalah sos yang paling tak sedap. Jadi jangan sesekali anda letak sos ketchup dekat sandwich/wrap/salad anda. Nanti anda tak rasa kesedapan sanwich tu sebab dia rasa masam-masam sikit. Lagi-lagi kalau makan dengan meatball marinara memang spoil habis.


Semoga anda berjaya mendapatkan sandwich yang sedap dan padu!

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago