Categories: Tips & Petua

Cara Menggoreng Guna Air Fryer Tapi Hasil Sama Macam Pakai Kuali, Tak Kering & Keras!

Seperti yang kita semua sedia maklum, harga minyak sekarang sudah semakin mahal. Oleh sebab itu, orang ramai sudah mula berjimat-cermat dalam penggunaan minyak ketika memasak.

Banyak tips yang boleh digunakan untuk jimat minyak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Namun, ada yang kurang menikmati masakan yang dimasak menggunakan air fryer.

Seorang pengguna Facebook, Lia Suriati ada berkongsikan satu tips menggoreng dengan air fryer supaya hasilnya sama seperti menggunakan kuali.

Nak menggoreng tapi nak jimat minyak?

Rahsia dia pakai air fryer jeeerr. Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry. Jadi kerass kering tak best. Goreng dalam kuali jugak best.

Okey lia share tips macam mana. Korang boleh menggoreng pakai air fryer. Boleh jimat minyak tapi hasil sama macam goreng dalam kuali.

Lia masukkan dalam bekas stainless steel takut mencair pulak dalam air fryer tu, nak letak gitu aje ghisaauu basket dia ada lubang-lubang kang jatuh ke bawah.

Cara-caranya:

  • Letak sikit minyak
  • Lepas tu gaul-gaulkan pada bahan yang korang nak goreng tu

Semasa menggoreng ikan bilis

Dalam post ni lia tunjuk goreng bilis

  • Gaul minyak tu dekat bilis
  • Pakai 1-2 sudu minyak pon dah cukup
  • Gaul rata-rata lepas tu on la air fryer macam biasa

Berapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu. Nak pastikan bilis masak sekata. Korang bukak la air fryer tu check.

Balik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik. Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak. Lepas tu siaaaapppp.

Haaaa tips ni boleh digunapakai jugak kalau nak goreng ayam dan ikan. Musim sekarang ni minyak masak mahal. Boleh la berjimat.

Sumber: Lia Suriati

Wan N

Recent Posts

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

39 mins ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

48 mins ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

1 hour ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

4 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

4 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

5 hours ago