Buah delima memang terkenal dengan rasa manis yang unik dan banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan, buah ini kaya dengan antioksidan dan vitamin yang baik untuk kesihatan.
Tapi, untuk menikmati semua manfaat itu, penting untuk pilih buah yang terbaik. Memilih buah yang masak dan berkualiti memastikan anda dapat rasa yang sedap dan nutrisi yang maksimum.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tips mudah untuk membantu anda memilih delima yang manis dan segar.
Baca juga: Cara Pilih Buah Betik, Perhatikan 3 Benda Ini Supaya Tak Tersalah Beli
Berikut adalah panduan lengkap untuk membantu anda memilih buah yang berkualiti:
Pilih buah yang berwarna gelap. Ini tanda ia masak dan berkualiti. Elakkan yang terlalu terang, kerana mungkin belum matang di dalam.
Buah delima mudah diserang serangga perosak. Pastikan tiada tompokan atau bintik pada kulitnya untuk memastikan buah tersebut masih segar dan enak dimakan.
Buah yang masak biasanya terasa berat. Goncang perlahan dan jika mengeluarkan bunyi, itu petanda bijinya berkualiti.
Buah delima masak akan terasa lembut bila ditekan, tetapi jangan sampai terlalu lembik. Jika lembik sangat, mungkin sudah busuk.
Semasa membeli, perhatikan permukaan buah. Pastikan ia licin dan tiada lubang atau calar, menandakan isi dalamnya juga baik.
Sumber: IDN TIMES
Baca juga: Tips Pilih Buah Mangga Yang Ranum, Manis & Lazat. Memang Berkesan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…