
Cara membuat sos homemade kini semakin menjadi pilihan ramai kerana lebih sihat, bebas daripada gula tambahan dan tidak menggunakan bahan pengawet. Menariknya, hanya dengan menguasai satu resipi asas mayonis, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sos yang sesuai dinikmati bersama ayam, daging, salad dan pelbagai hidangan lain.
Perkongsian daripada Fyra OrkedCantik di Facebook ini membuktikan bahawa membuat sos sendiri sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menyediakan sos mengikut cita rasa sendiri di rumah.
Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kenduri, Rupanya Campur Air Aiskrim Soda Buat Rasa Lebih Istimewa!
CARA MEMBUAT SOS HOMEMADE TANPA GULA

Menurut Fyra, mayonis merupakan asas kepada kebanyakan sos homemade. Setelah berjaya menghasilkan mayonis, anda hanya perlu menambah beberapa bahan lain untuk menghasilkan pelbagai jenis sos yang berbeza.
Beliau turut berkongsi dua pilihan resipi mayonis yang boleh dipilih mengikut keselesaan masing-masing.
Cara 1: Mayonis Homemade (Putih Telur)
Bahan-bahan:
- 3 biji putih telur
- ½ cawan cuka epal, cuka masak atau perahan lemon
- 1 sudu kecil garam
- Setitis stevia
- Minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Basuh telur terlebih dahulu sebelum mengasingkan putih dan kuning.
- Masukkan putih telur, cuka, garam dan stevia ke dalam pengisar.
- Kisar menggunakan kelajuan maksimum.
- Ketika mesin masih berputar, tuangkan minyak masak sedikit demi sedikit.
- Teruskan mengisar sehingga adunan menjadi pekat dan berwarna putih seperti mayonis.
Nota: Jika mayonis tidak menjadi, kemungkinan kelajuan pengisar tidak cukup tinggi atau sukatan cuka tidak mencukupi.
Cara 2: Mayonis Homemade (Telur Rebus)
Bahan-bahan:
- 3 biji telur rebus
- ½ cawan cuka epal, cuka masak atau perahan lemon
- 1 sudu kecil garam
- Setitis stevia
- Sedikit air
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar pada kelajuan maksimum.
- Tambahkan sedikit air sedikit demi sedikit sehingga tekstur menjadi pekat.
- Tekstur mayonis ini sedikit lebih cair berbanding versi putih telur tetapi tetap sesuai dijadikan asas pelbagai sos.
CARA MEMBUAT SOS CILI FLAKES BERKRIM

Bahan-bahan:
- Mayonis homemade
- Cili flakes
- Bawang putih
- Serbuk paprika
Cara-cara penyediaan:
- Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati. Sos ini sesuai dijadikan pencicah ayam goreng, kentang goreng atau salad.
RESIPI SOS BLACK PEPPER HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Butter
- Bawang putih
- 1 biji bawang Holland
- 1 biji tomato
- Sedikit air
- Kicap pekat
- Garam
- 3 sudu whipping cream
Cara-cara penyediaan:
- Cairkan butter.
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan bawang Holland dan tomato yang dipotong dadu.
- Tambahkan sedikit air bersama kicap pekat.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat dan bawang bertukar lembut seperti karamel.
- Biarkan sejuk sebelum dikisar.
- Masukkan garam dan whipping cream.
- Didihkan sebentar sebelum dihidangkan.
RESIPI SOS HIJAU HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Mayonis homemade
- Daun ketumbar
- Cili hijau
- Bawang putih
Cara-cara penyediaan:
- Kisar semua bahan sehingga halus. Sos ini sesuai dijadikan pencicah ayam grill, kebab, ikan bakar atau sandwich.
RESIPI SOS CILI TANPA GULA

Bahan-bahan:
- Cili besar
- Bawang putih
- Garam
- Stevia
Cara-cara penyediaan:
- Kisar cili besar bersama bawang putih.
- Masak di atas api sederhana.
- Tambahkan garam dan sedikit stevia.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat sebelum diangkat.
Tips Menyimpan Sos Homemade
Oleh kerana sos ini tidak menggunakan bahan pengawet dan dibuat menggunakan bahan-bahan segar, tempoh penyimpanannya lebih singkat berbanding sos komersial.
- Simpan di dalam peti sejuk selepas siap digunakan.
- Elakkan menyimpan terlalu lama bagi mengekalkan kesegaran dan tekstur sos.
- Gunakan bekas yang bersih dan bertutup rapat bagi mengelakkan pencemaran.
- Jika disimpan pada suhu bilik, gunakan dalam tempoh yang singkat.
Selain lebih sihat, cara membuat sos sendiri juga membolehkan anda mengawal penggunaan gula, garam dan bahan-bahan yang digunakan. Dengan hanya satu resipi asas mayonis, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis sos homemade mengikut cita rasa sendiri untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Sumber: Fyra OrkedCantik
Baca juga: Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














