cara membuat popia carbonara

Cara membuat popia carbonara semakin menjadi carian ramai kerana snek moden ini bukan sahaja sedap, malah berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan. Gabungan kulit popia yang rangup bersama inti carbonara yang berkrim menjadikannya antara makanan kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa.

Menariknya, resipi yang dikongsikan oleh seorang peniaga makanan ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang membeli sama ada dalam bentuk frozen mahupun siap digoreng. Dengan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang tidak rumit, tidak hairanlah popia carbonara semakin popular.

Baca juga: Resipi Crab Rangoon Guna Kulit Popia, Buat Banyak Terus Boleh Masuk Freezer!

CARA MEMBUAT POPIA CARBONARA

cara membuat popia carbonara

Bahan Untuk Inti Carbonara:

  • Sedikit minyak masak
  • 2 keping isi ayam (dipotong dadu kecil)
  • 4 batang sosej (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan (dipotong kecil)
  • 1 botol sos carbonara
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Untuk Membalut:

  • Kulit popia secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit untuk dijadikan gam)

Cara Membuat Popia Carbonara:

1. Masak Isi Ayam

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu dan goreng sehingga masak.

2. Masukkan Bahan Lain

Tambahkan sosej dan cendawan yang telah dipotong kecil. Kacau hingga sebati.

Masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.

3. Tuang Sos Carbonara

Masukkan sos carbonara pilihan anda dan gaul rata sehingga semua bahan bersalut dengan kuah yang berkrim.

4. Perasakan

Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Pastikan rasanya tidak terlalu masin atau terlalu tawar.

5. Sejukkan Inti

Apabila campuran mula mendidih, tutup api dan biarkan inti sejuk seketika sebelum digunakan.

Cara Membalut Popia Carbonara:

1. Ambil sekeping kulit popia.

2. Letakkan satu sudu inti carbonara di bahagian bawah kulit.

3. Lipat bahagian bawah ke atas sebanyak dua kali.

4. Lipat bahagian kiri dan kanan ke tengah.

5. Gulung sehingga kemas.

6. Sapukan telur pada hujung kulit popia dan lekatkan.

7. Ulang langkah yang sama sehingga habis.

Petua Popia Carbonara Lebih Sedap

  • Gunakan kulit popia yang berkualiti supaya lebih rangup selepas digoreng.
  • Elakkan memasukkan sayur yang berair kerana boleh menyebabkan kulit popia cepat lembik.
  • Jangan letak inti terlalu banyak bagi mengelakkan popia pecah ketika digoreng.
  • Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum membalut untuk hasil yang lebih kemas.

Cara Simpan Sebagai Frozen

Jika ingin membuat stok atau menjualnya, susun popia yang telah siap dibalut di dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk beku.

Pastikan setiap lapisan dialas supaya popia tidak melekat antara satu sama lain. Apabila mahu dimakan, goreng terus sehingga keemasan dan rangup.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Murni Binti Othman

Baca juga: Tips Goreng Popia Carbonara Supaya Tak Pecah, Confirm Inti Tak Meletup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN