resepi crab rangoon

Kalau pernah makan di restoran makanan Cina, mesti pernah dengar tentang crab rangoon. Tapi tahukah anda, resepi crab rangoon sebenarnya boleh diolah ikut cita rasa kita sendiri. Contohnya, guna kulit popia untuk hasilkan versi rangup dan sedap!

Sekali buat, boleh dapat banyak dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila ada tetamu datang atau perut lapar tengah malam, tinggal goreng saja. Ringkas, rangup dan dijamin jadi kegemaran satu rumah!

Baca juga: Resipi Rempeyek Moden Guna Kulit Popia, Tak Perlu Bancuh Adunan Tepung!

RESEPI CRAB RANGOON GUNA KULIT POPIA

resepi crab rangoon

Bahan-bahan:

  • Kulit popia sederhana (50 keping)

Bahan inti:

  • 2 pek crab filament (diracik halus)
  • 1 bekas kecil krim keju (suhu bilik)
  • 1 cawan mayonis
  • 2-3 pokok daun bawang (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (disagat)
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 1 sudu besar daun parsli kering (dried parsley)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • Garam secukupnya

Optional: serbuk lada hitam & minyak bijan (jika suka)

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan inti ke dalam mangkuk besar. Gaul hingga sebati dan semua bahan melekat elok antara satu sama lain.
  2. Untuk lebih mudah dan rata, boleh gunakan tangan. Pastikan pakai sarung tangan supaya lebih bersih dan selesa.
  3. Simpan adunan dalam peti sejuk selama satu jam supaya inti lebih padat dan senang dibungkus.
  4. Ambil sekeping kulit popia, letakkan kira-kira anggaran 3/4 sudu inti di bahagian tengah. Lipat dan bungkus kemas.
  5. Ulang langkah sehingga semua inti habis dibalut.
  6. Boleh juga guna kulit wantan jika suka.

Sumber: Sarah Rahmat

Baca juga: Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN