Pisang goreng telah menjadi kudapan kegemaran rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Nak buat sendiri di rumah, anda boleh ikut cara membuat pisang goreng rangup yang mudah ini.
Sebut saja pisang goreng, mesti ramai terus terbayang keenakan rasa manis pisang panas yang disalut tepung rangup. Lebih-lebih lagi makan sewaktu minum petang, terasa nikmatnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Siti Asiah Ismail di Facebook ini ada rahsia bancuhan tepung untuk hasil yang lebih garing di luar dan lembut di dalam. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Rebus Jantung Pisang Supaya Tak Lebam Hitam, Hasilnya Putih Elok Selepas Masak!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan semua bahan dalam mangkuk, kacau sampai sebati.
2. Kemudian, biarkan adunan selama 5 hingga 10 minit sebelum digunakan.
3. Selepas itu, celupkan pisang ke dalam adunan tepung.
4. Seterusnya, goreng dalam minyak panas sampai keemasan dan rangup.
5. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
Bagi mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup sempurna, pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Nampak mudah, tapi hasilnya memang sedap luar biasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Asiah Ismail
Baca juga: Lengat Pisang Kukus Paling Wangi & Lembut, Macam Kuih Nenek Buat Dulu-Dulu!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…