Categories: Resepi

Cara Membuat Kuih Lepat Labu, Makanan Tradisi Orang Kita

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-06 14:30:37

Kuih Lepat Labu merupakan antara kuih tradisional Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran orang kita. Rasa lemak-lemak manisnya memang sangat sesuai dijadikan sebagai sajian utama minum petang. Pasti anak-anak dan suami turut berselera menjamah kuih ini. Bagi anda yang ingin membuat kuih lepat labu, ini cara-cara mudah yang anda boleh contohi dari Asma Mohamed menerusi laman Facebook.


Kredit: Asma Mohamed

Bahan-bahan:

  • 1 cawan labu (direbus sehingga lembut kemudian disukat)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • 3 ½ sudu makan gula
  • Secubit garam
  • Santan pekat secukupnya
  • Daun pisang secukupnya (bersihkan dan layurkan)

Bahan inti:

  • Kelapa parut
  • Manisan atau gula melaka secukupnya
  • Sedikit air
  • Secubit garam
  • 1-2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Bagi penyediaan inti, satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan atau gula melaka larut. Untuk menjadikan inti lebih sedap, pastikan teksturnya agak lembap dan tidak kering. Apabila sudah siap, ketepikan seketika.
  2. Untuk membuat adunan lepat pula, satukan semua bahan dan adunkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, mulakan membungkus lepat. Caranya, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur. Kemudian, letakkan 2 sudu makan adunan lepat di atas permukaan daun pisang.
  4. Seterusnya, ambil 1 sudu inti dan kemudian balut daun sekemas-kemasnya. Lakukan hingga habis adunan.
  5. Setelah selesai membalut, panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat yang sudah siap dibalut tadi. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba dan menjamu selera!


Kredit: Asma Mohamed


Kredit: Asma Mohamed

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

16 hours ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

17 hours ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

18 hours ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

19 hours ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

19 hours ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

20 hours ago