cara masak ubi keledek

Pada artikel kali ini, MyResipi nak kongsikan cara masak ubi keledek tanpa pengukus, sebaliknya menggunakan microwave. Kaedah ini sesuai untuk rumah yang tidak ada kukusan.

Hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh menikmati ubi yang empuk dan sedap tanpa perlu menunggu lama. Jangan lupa cuba!

Baca juga: Cara Mudah Buat Tapai Ubi Goreng Tepung Rangup, Hidang Waktu Masih Panas Terus Licin Pinggan!

CARA MASAK UBI KELEDEK GUNA MICROWAVE

cara masak ubi keledek

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek

Cara-cara memasak:

  1. Cuci bersih ubi dan lap hingga kering menggunakan tisu dapur.
  2. Tusuk ubi dengan garpu beberapa kali. Ini penting supaya wap boleh keluar semasa dipanaskan dan ubi tidak meletup dalam microwave.
  3. Letakkan 1–2 ubi ke dalam pinggan yang selamat untuk digunakan dalam microwave. Elakkan masak terlalu banyak sekali gus kerana ia akan ambil masa lebih lama.
  4. Set microwave pada kuasa tinggi (high) dan tetapkan masa 10 minit.
  5. Selepas 5 minit, buka microwave dan pusing ubi untuk masak bahagian sebelanya pula. Sambung microwave lagi selama 5 minit.
  6. Selepas masa tamat, keluarkan ubi dan periksa jika sudah lembut. Jika ubi masih agak keras (kerana saiznya berbeza‑beza), masukkan balik ke microwave dan tambah 2–5 minit lagi sehingga ubi empuk.

Sumber: Cookpad

Baca juga: Resipi Pengat Nangka Campur Ubi Keledek, Rasa Lemak Manis Pasti Memikat Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN