Categories: Resipi

Rahsia Sup Daging Sedap Sampai Jilat Mangkuk, Resipi Ini Buat Orang Makan Tak Henti!

Kalau anda tengah tercari cari cara masak sup daging yang betul betul sedap sampai buat orang makan tak henti, anda memang wajib cuba resipi yang akan kami kongsikan ini.

Sup daging ni bukan saja wangi dan berperisa, tapi kuahnya yang pekat dan penuh rasa memang buat sesiapa saja tergoda. Sekali hirup, terus rasa puas. Ditambah pula bila dihidang panas panas bersama nasi putih, memang satu keluarga akan makan sampai licin.

Apa yang menarik, resipi ini tak guna bahan yang susah atau pelik pun. Semuanya ringkas dan mudah dicari. Yang penting, ikut langkah dengan betul supaya rasa dia padu dan sedap lain macam.

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

RAHSIA DAN CARA MASAK SUP DAGING YANG SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging tetel
  • 1 kg daging batang pinang
  • 1 paket bebola daging
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 8 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 ulas bawang merah (untuk bawang goreng)
  • 25g rencah sup
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • Daun sup secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus daging tetel menggunakan pressure cooker selama 3 minit. Daging batang pinang pula direbus secara biasa, seketika sahaja.
  2. Panaskan air, kuantiti agak-agak ikut banyak mana kuah yang anda nak.
  3. Masukkan halia, bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk, bersama akar daun sup, stok ayam, serbuk lada putih, rencah sup dan sup bunjut.
  4. Bila air dah mendidih, masukkan daging tetel, daging batang pinang dan bebola daging.
  5. Sementara itu, goreng bawang merah hingga perang dan naik bau. Dah cantik keperangannya, tuang terus ke dalam periuk sup.
  6. Perasakan ikut citarasa dan akhir sekali taburkan daun sup.

Sumber: Yayar B. Aawang Noh

Baca juga: Resipi Sup Sayur Yang Ringan & Cepat Dimasak, Simple Tapi Mengenyangkan!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

14 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

16 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

17 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

19 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

21 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

21 hours ago