Categories: Resipi

Cara Buat Donat Tanpa Serap Minyak, Ikut Tips Ini Confirm Gebu Sampai Esok!

Ramai yang selalu buat donat di rumah tapi mudah serap minyak dan jadi lembik apabila sejuk. Jangan tak tahu, sebenarnya ada cara buat donat gebu tanpa serap minyak.

Donat gebu yang lembut dan ringan memang jadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi apabila baru lepas digoreng. Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut menyukainya.

Dina Amalia Nordin telah kongsikan cara buat donat gebu di Facebook bersama beberapa tips yang boleh digunakan supaya hasilnya tak serap minyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

CARA BUAT DONAT GEBU

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin (saya guna jenama Planta)

Bahan B:

  • ½ cawan air biasa atau suam
  • ½ paket yis
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buat adunan A dengan menggaulkan tepung gandum dan marjerin sampai jadi seperti serbuk roti.

2. Buat adunan B pula dengan mencampurkan air, yis, gula dan susu pekat sampai yis naik atau kembang.

3. Campur adunan A dan B.

4. Uli doh sampai tak melekat pada tangan lebih kurang dalam 15 hingga 20 minit (bahan B kena masuk sikit-sikit, jika kurang air boleh tambah air sikit-sikit).

5. Rehatkan doh dan tutup dengan kain lembab, kemudian biarkan naik sekali ganda.

6. Tumbuk buang angin dan uli lagi lebih kurang dalam 5 hingga 10 minit.

7. Boleh canai dan terap dengan acuan (letak sedikit tepung semasa canai supaya tak lekat dan ketebalan ikut suka, jika nak cepat habis, buat sedikit tebal).

8. Setelah siap, boleh panaskan minyak dan goreng.

9. Apabila agak-agak sudah kekuningan sebelah bawah, boleh terbalikkan. Nampak sudah elok kekuningan, terus angkat (jangan terbalik-balikkan donat semasa goreng). Siap untuk dinikmati!

Antara tips supaya donat tak serap minyak:

  • Jangan guna marjerin terlalu banyak (guna 1 sudu besar tak perlu penuh sangat, sedang-sedang saja).
  • Uli lama sedikit supaya nak bagi donat lembut.
  • Minyak kena betul-betul panas semasa goreng, kemudian jangan guna api terlalu besar atau kecil.
  • Masuk donat dalam minyak panas dan tunggu sampai sebelah bawah agak keperangan. Jika tak pasti, tolak dan angkat sedikit untuk intai. sikit intai.
  • Jika elok, terus terbalikkan. Kemudian, tunggu keperangan, terus angkat. Tak perlu terbalikkan banyak kali.
  • Guna chopstick supaya mudah nak angkat donat apabila sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Dina Amalia Nordin

Baca juga: Resepi Donat Lembut Dan Gebu, Nak Pastikan Masak Elok Jangan Skip Langkah ‘Ini’

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

17 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

22 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

40 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

1 hour ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

1 hour ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago