cara masak suhun

Cara masak suhun nampak mudah, tetapi masih ramai yang melakukan kesilapan hingga menyebabkan suhun cepat kembang dan menyerap hampir semua kuah sup. Lebih mengecewakan, telur yang dimasukkan pula mudah pecah, berbuih dan tidak menjadi cantik ketika dihidangkan.

Sebenarnya, hanya beberapa langkah mudah sudah cukup untuk mengatasi masalah ini. Menerusi perkongsian Nor Farah Atika di Facebook, beliau berkongsi cara yang sering diamalkan bagi memastikan suhun kekal elok dan telur terbentuk cantik dalam kuah sup.

Baca juga: Cara Buat Tempoyak Tahan Lama, Tak Berair & Kekal Sedap Walau Disimpan Bertahun

CARA MASAK SUHUN SUPAYA TAK SERAP KUAH

cara masak suhun

Ramai terus memasukkan suhun kering ke dalam sup yang sedang dimasak. Cara ini menyebabkan suhun menyerap terlalu banyak kuah sehingga sup menjadi semakin pekat dan cepat kering.

Menurut perkongsian tersebut, cara masak suhun yang lebih baik ialah dengan merendamnya terlebih dahulu menggunakan air panas selama kira-kira 5 minit.

Selepas itu:

  • Toskan suhun sehingga airnya keluar.
  • Masukkan ke dalam sup yang sudah siap dimasak.
  • Gaul perlahan supaya suhun sebati dengan kuah.

Dengan cara ini, suhun akan lembut secukupnya tanpa menyerap terlalu banyak kuah, sekali gus menjadikan sup kekal berkuah walaupun selepas beberapa ketika.

CARA MASUKKAN TELUR SUPAYA TAK HANCUR

Selain suhun, telur juga sering menjadi masalah apabila dimasukkan ke dalam sup. Jika tekniknya kurang tepat, putih telur akan berpecah dan menghasilkan buih di dalam kuah.

Ikuti langkah mudah ini:

  • Pastikan kuah sudah benar-benar masak dan menggelegak.
  • Perlahankan api sebelum memasukkan telur.
  • Masukkan telur satu demi satu dengan perlahan.
  • Jangan terus mengacau selepas telur dimasukkan.
  • Biarkan selama 2 hingga 3 minit dengan api perlahan sehingga telur mula mengeras.

Selepas itu barulah telur boleh dialihkan atau dikacau perlahan jika perlu. Hasilnya, bentuk telur lebih cantik, kemas dan tidak mudah pecah.

RUPANYA LANGKAH KECIL INI BUAT SUP JADI LEBIH SEDAP

Ramai tidak sangka, hanya dengan mengubah sedikit cara masak suhun dan teknik memasukkan telur, hasil sup boleh menjadi jauh lebih menyelerakan.

Suhun kekal kenyal, kuah tidak cepat susut dan telur pula terbentuk cantik tanpa hancur. Tip mudah seperti ini sangat berguna untuk pelbagai jenis sup sama ada sup ayam, sup daging, sup seafood mahupun sup sayur.

Jika selama ini anda tertanya-tanya kenapa suhun cepat menyerap kuah atau telur selalu pecah ketika dimasak, mungkin inilah cara yang patut dicuba pada masakan seterusnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: 11 Petua Masak Sagu Cantik Dan Jernih, Ini Rahsia Nak Dapatkan Hasil Lutsinar Macam Kristal!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN