Categories: Resipi

Cara Masak Sotong Kam Heong. Nak Ganti Dengan Ayam, Lala, Udang Pun Boleh

Ada sotong dalam peti tapi tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resipi Sotong Kam Heong yang mudah dan sedap ini.

Kalau tak ada sotong, ganti dengan ayam, lala atau udang pun boleh. Rasa sedap tetap sama. Ikut saja resipi di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sotong Kam Heong

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar udang kering – cincang halus
  • 3 ulas bawang putih ( dalam gambar 6 sebab kecil) – cincang halus
  • 1 biji bawang besar/holland – cincang halus
  • 2 inci halia – cincang halus
  • 6 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup untuk hiasan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • 3 ekor sotong

Bahan-bahan pes:

  • 2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

Campur je semua bahan dalam satu mangkuk

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus.

Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland.

2. Masukkan cili api.

3. Bila dah naik bau harum semerbak, tuangkan campuran bahan pes. Kacau rata.

4. Masak sampai pecah minyak.

5. Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.

6. Masukkan sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.

7. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut selera.

8. Akhir sekali taburkan daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.

9. Dah siap, selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago