Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!

Cara masak nasi lemak cukup mudah dan tidak sukar jika tahu resipinya yang betul. Namun, kadangkala nasi akan terlalu keras atau terlalu lembik. Di mana silapnya ya?

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, beliau ada kongsikan cara penyediaan nasi lemak yang sedap, wangi, masak sekata dan butir nasinya sebiji-sebiji.

Tunggu apa lagi, mari lihat resipi langkah demi langkah di bawah ini. Kalau dah pandai buat, boleh lawan mak cik yang jual dekat gerai tau!

Baca juga: Resipi Sambal Bilis Nasi Lemak Terpaling Mudah Tapi Sedap

CARA MASAK NASI LEMAK  SEDAP

Bahan-bahan:

Cara membuat:

1. Sukat air mengikut paras beras. Sama seperti masak nasi putih.

2. Kalau tengok dalam gambar, beras lebih kurang 1 setengah ruas jari macam ini.

3. Bila dah dapat sukatan beras, alihkan beras ke dalam bekas/penapis lain. Kemudian, isikan air ke dalam periuk nasi mengikut paras beras yang tadi.

4. Boleh tengok gambar di bawah. Beras 1 setengah ruas jari, jadi sukatan air pun sama banyak itu juga.

5. Kemudian, masukkan santan satu kotak. Boleh pakai santan jenis apa pun. Guna kotak yang kecil saja sudah cukup rasa lemaknya.

6. Jangan bazirkan santan yang dalam kotak. Masukkan sedikit air dari periuk ke dalam kotak santan dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan sudah dibasuh.

7. Seterusnya, masukkan halia yang sudah diketuk lebih kurang banyak macam ini.

8. Masukkan 5 helai daun pandan yang dipotong kecil begini.

9. Selepas itu, perasakan dengan garam.

10. Untuk sukatan nasi 3 cupak tadi, letakkan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar. Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.

11. Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Dah boleh letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.

12. Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun pandan supaya nasi lemak akan jadi wangi.

13. Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.

14. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas tekan butang ‘cook’ ya.

15. Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya. Ulang beberapa kali sehingga nasi masak.

Nasi lemak dah siap. Tak lengkap kalau tak ada sambal tumis bukan? Berikut merupakan cara membuat sambal tumis yang padu.

CARA BUAT SAMBAL TUMIS LAZAT

1. Mula-mula, kisarkan

  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia seinci
  • Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
  • Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)

2. Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.

Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama.

Sambil masak sambal boleh rebus telur sekali dekat sebelah.

5. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mars Amyleon

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah. Ini Tips Serdak Meriah, Bertali & Rangup Elok

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago