nasi ayam briyani

Bila dah tiada idea nak masak apa, jom cuba Nasi Ayam Briyani yang lazat ini.

Cara membuatnya juga sangat mudah tapi sangat sedap dan membangkitkan selera.

Jom lihat resipinya di bawah yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Selamat mencuba!

Resipi Nasi Ayam Briyani

Bahan-bahan:

  • 6 cawan beras basmati sukatan zie guna cawan kecil kaca ikea
  • 1 paket kecil rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga)
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati
  • 3 biji bawang kecil dipotong 2
  • 4 biji bawang putih tanpa hiris
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 6 sudu besar sos tomato del (saya guna sos cili SAJI
  • 2 biji tomato dihiris
  • 2 senduk kuah ayam beriani (resipinya)
  • ⅓ suku tin susu cair Saji
  • 3-4 tangkai daun ketumbar sekali batangnya
  • 1 kiub pati ayam, gula secukup rasa dan air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau.

2. Masukkan pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan. Kacau rata sehingga bawang-bawang layu.

3. Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula kacau sebati. Kemudian masukkan beras, susu cair serta air. Sukatan air sama seperti masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit sahaja kacau perlahan sebatikan, masuk daun ketumbar. Tutup periuk.

4. Bila nasi separuh masak, masukkan 2-3 ketul lauk ayam beriani. Tutup periuk tunggu hingga nasi masak. Setelah nasi masak terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi.

nasi ayam briyani

5. Siap untuk dihidang.

nasi ayam briyani

Kredit: Aisyah Humaira

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN