Categories: Resipi

Cara Masak Kupang Goreng Kunyit, Nak Pasir Hilang Segalanya Buat Langkah ‘Ini’

Selain sotong dan udang, peminat makanan laut seharusnya tak ketinggalan untuk sesekali mencuba cara masak Kupang Goreng Kunyit di rumah.

Kupang dikenali juga sebagai siput sudu, merupakan sejenis kerang yang boleh dimakan dan boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai serta kawasan pasang surut di pinggir laut seluruh dunia.

Cara masak kupang sebenarnya sangat mudah, tapi ramai yang berdepan dengan masalah seperti bau yang hanyir dan berpasir. Oleh itu, anda perlu merebusnya dahulu.

Wanita yang mesra dengan panggilan SA telah kongsikan cara masak Kupang Goreng Kunyit yang cukup mudah untuk anda ikuti melalui blognya. Jom kita cuba!

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Rupanya Ramai Lebih Suka Versi Macam Ini!

CARA MASAK KUPANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • 1 genggam kacang buncis (potong pendek)
  • 100 g isi kupang (rebus)
  • ½ batang lobak merah (potong panjang)
  • ½ biji bawang Holland (hiris tebal)
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • ½ biji bawang merah (hiris tebal)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Minyak secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kena rebus and keluarkan isi kupang, kemudian sejuk bekukan. Apabila nak masak, letakkan di chiller untuk defrost.

2. Selepas itu, lumurkan isi kupang dengan sedikit serbuk kunyit.

3. Kemudian, panaskan kuali bersama minyak. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan bawang Holland.

4. Setelah naik baunya, barulah masukkan isi kupang. Masak dalam 2 minit baru masukkan sayur kacang buncis, lobak dan cili merah.

5. Seterusnya, masak sehingga kacang buncis dan lobak agak lembut.

6. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan serbuk cukup rasa. Setelah rasa sudah sebati, boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

Walaupun cara masak Kupang Goreng Kunyit ini seperti resipi campak-campak, namun hasilnya pasti buatkan keluarga anda yang suka makanan laut berselera memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Suria Amanda

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago