Categories: InfomasiTips & Petua

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi. Sebenarnya, cara masak beras basmathi agak berbeza dengan beras biasa.

Walaupun beras basmathi menghasilkan nasi yang lembut, panjang dan sedap, namun tak ramai yang tahu cara masak beras basmathi dengan betul.

Oleh kerana ramai yang mengeluh kerana hasil percubaan kali pertama tak menjadi, jadi kami kongsikan beberapa tips untuk anda gunakan semasa memasak nasi dengan beras basmathi.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

CARA MASAK BERAS BASMATHI

1. Mula-mula, sediakan beras basmathi.

Kredit: Nina Mirza

Jika nak nasi cantik dan memanjang maksimum, kena rendam beras basmathi dahulu. Jika tak rendam, nanti nasi tak cukup lembut dan keras apabila sudah sejuk.

  • Basuh beras sehingga bersih.
  • Rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20 hingga 30 minit (merendam beras dengan garam ikut sumber dari timur tengah menghasilkan nasi yang lembut dan berderai).
  • Selepas 20 hingga 30 minit, toskan airnya sehingga kering.

2. Gunakan sukatan beras : air atau cecair yang betul.

Tips masak beras basmathi yang elok, ianya perlu disukat betul-betul mengikut nisbah beras kepada air atau cecair yang digunakan. Tak boleh main agak-agak.

Jika terkurang air, nasi akan jadi keras terutamanya setelah sejuk. Jika terlebih air, nasi akan jadi lembik dan melekat (tak berderai).

Guna nisbah 1 cawan beras : 1¼ cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu dan santan. Nisbah ini boleh guna untuk masak beras jenis Pusa, Kashmir dan Moghul.

Jika nak lebihkan airnya, pastikan nisbah tak lebih daripada nisbah ini, iaitu 1 cawan beras : 1½ cawan air.

3. Seterusnya, pilih kaedah memasak yang sesuai.

Kredit: Facebook Norasidawati Bt. Mohamed Sidek

  • Kaedah menumis dahulu beras – Pastikan cecair yang dimasukkan berada pada suhu didih atau cukup panas untuk mengelakkan beras terendam lama, lembik dan mudah patah.
  • Kaedah didih air ikut sukatan – Pastikan air atau cecair dididihkan terlebih dahulu mengikut sukatan. Setelah mendidih, tuangkan beras yang telah direndam dan ditos.
  • Kaedah didih air tanpa sukatan – Air dididihkan dalam kuantiti yang banyak (tanpa sukatan tertentu) dan rebus beras yang telah direndam sehingga separuh atau ¾ masak. Tos jangan terlalu kering atau tos kering dan renjiskan dengan susu atau santan (ikut keperluan resepi) masakkan kembali hingga nasi masak sepenuhnya. Sedikit cecair yang digunakan akan menghasilkan wap yang membantu nasi masak sempurna selain mengelakkan nasi hangus dalam proses seterusnya.

4. Pastikan ikut panduan ini semasa memasak.

  • Kacau beras yang sedang dimasak hanya apabila cecairnya masih banyak.
  • Apabila cecairnya telah mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.
  • Sekiranya memasak atas dapur, kecilkan apinya setelah cecair kering dan periuk ditutup rapat untuk mengelakkan wap keluar.
  • Biarkan nasi yang telah masak selama 5 hingga 10 minit sebelum buka tudung periuk dan mengacau nasi.
  • Aduk ketika nasi masih panas kerana sekiranya sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat. Tekstur nasi akan jadi cantik dan berderai sebutir-sebutir dengan elok.
  • Aduk nasi dari tepi periuk dan angkat ke tengah, lakukan dengan perlahan-lahan. Jika kelam-kabut, nasi akan mudah patah. Lebih elok gunakan sudip seperti garfu besar.

5. Jangan lupa guna panduan tambahan ini.

Kredit: Facebook Ilah Fadhilah

  • Menggunakan pewarna – Titiskan pewarna apabila nasi sudah mengering dan jangan kacau lagi sehingga nasi telah masak sepenuhnya. Jika nak guna dua, tiga pewarna berbeza, pastikan jarak antara satu warna dengan yang lain.
  • Minyak – minyak tak termasuk dalam jumlah cecair yang digunakan untuk masak nasi.
  • Elak nasi patah – Jangan terlalu kacau terutama apabila cecairnya dah kering. Nanti beras jadi patah semuanya.
  • Bekas penyukat – Gunakan penyukat yang sama untuk menyukat beras dan air atau cecair.
  • Tanpa rice cooker – Jika masak atas dapur, guna api besar semasa airnya tengah banyak. Ini dapat memastikan nasinya tak lembik atau terlebih kembang. Apabila air sudah kering, barulah kecilkan apinya.

Cara masak beras basmathi ini cukup berguna untuk menyediakan hidangan sewaktu kenduri atau menjamu tetamu. Hasilnya, nasi akan jadi lembut dan berderai elok.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ZULFAZA LOVES COOKING

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

12 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

13 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

14 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

16 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

2 days ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

2 days ago