Cara masak beef steak yang juicy di tengah atau lebih masak dan garing di bahagian luar. Semuanya bergantung pada tahap doneness yang anda suka! Tak perlu risau kalau baru pertama kali masak steak di rumah. Dengan masa memasak yang betul dan beberapa tips yang mudah, anda boleh hasilkan steak yang nampak macam dimasak di restoran.

Sebelum mula memasak, pastikan steak berada pada suhu bilik untuk seketika. Kemudian, panaskan kuali sehingga betul-betul panas. Kuali yang panas penting untuk mendapatkan crust yang cantik dan keperangan pada permukaan steak.

Tuangkan sedikit minyak dan letakkan steak diatas kuali. Elakkan terlalu kerap terbalikkan steak kerana ia boleh mengganggu proses untuk mendapatkan permukaan yang garing. Untuk hasil yang lebih baik, cukup terbalikkan sekali sahaja apabila bahagian bawah sudah keperangan.

Baca juga: Beef Stew Yang Lembut & Hancur Di Mulut, Resipi Mudah Tanpa Pressure Cooker!

Cara Masak Beef Steak

cara masak beef steak

Masa Memasak Steak:

  • Rare: 2–3 minit setiap bahagian
  • Medium Rare: 3–4 minit setiap bahagian
  • Medium: 4–5 minit setiap bahagian
  • Medium Well: 5–6 minit setiap bahagian
  • Well Done: 6–7 minit setiap bahagian

Masa memasak ini boleh berubah mengikut ketebalan steak dan tahap kepanasan kuali, jadi perhatikan keadaan steak semasa memasak.

Tips penting untuk steak lebih sedap:

  1. Pastikan pan betul-betul panas sebelum memasukkan steak.
  2. Jangan asyik pusing atau flip steak. Sekali sahaja sudah memadai.
  3. Selepas masak, rehatkan steak selama kira-kira 5 minit sebelum dipotong supaya jus dalam daging kekal lebih sekata.

Akhir sekali, potong steak dan nikmati bersama sos pilihan, kentang goreng atau sayuran. Mudah sahaja! Jadi, anda team rare, medium rare atau well done?

Sumber: Threads @ayuamirawahab

Baca juga: Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending