Categories: Resipi

Cara Masak Ayam Bakar Ala Sukiya, Rahsia Perapan Ringkas Tapi Rasa Macam Makan Di Restoran

Cara masak ayam bakar yang sedap sebenarnya tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak. Dengan perapan yang ringkas tetapi seimbang, ayam akan menjadi lebih berjus, berempah dan penuh rasa seperti hidangan di restoran terkenal.

Lebih menarik, resipi ayam bakar ala Sukiya ini boleh dimasak menggunakan air fryer, oven, kuali non-stick atau digoreng mengikut keselesan masing-masing. Dipadankan pula dengan sos roasted sesame yang berkrim dan sedikit pedas, memang cukup membuka selera.

Baca juga: Tak Pernah Tak Habis Jual, Ini Resipi Sambal Bilis Nasi Lemak Yang Jadi Rebutan

CARA MASAK AYAM BAKAR ALA SUKIYA

Bahan-bahan Perapan Ayam:

  • 1 ekor atau beberapa ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 batang akar ketumbar (ditumbuk)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Nampla atau kicap cair secukupnya
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak atau minyak zaitun

Bahan-bahan Sos Ala Sukiya:

  • Sos Kewpie Roasted Sesame secukupnya
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Cili padi (ditumbuk kasar)
  • Cili oil secukupnya

Cara-cara Penyediaan:

1. Perap Ayam

  • Satukan ayam bersama bawang putih, akar ketumbar, sos tiram, gula perang, serbuk kari ayam, serbuk cili, nampla atau kicap cair, serbuk perasa dan minyak masak.
  • Gaul sehingga semua bahan meliputi keseluruhan ayam.
  • Perap sekurang-kurangnya 2 hingga 4 jam. Jika diperap semalaman, rasa akan lebih sedap dan meresap.

2. Masak Ayam

  • Masak ayam mengikut kaedah pilihan seperti:
    – Air fryer
    – Oven
    – Pan fry menggunakan kuali non-stick
    – Deep fry
  • Masak sehingga ayam benar-benar masak dan permukaannya bertukar keperangan.

3. Sediakan Sos Ala Sukiya

  • Masukkan sos Kewpie Roasted Sesame ke dalam mangkuk.
  • Tambahkan bawang putih cincang, daun bawang, daun ketumbar, cili padi dan cili oil.
  • Gaul sehingga sebati dan sesuaikan rasa mengikut citarasa masing-masing.

4. Hidangan

  • Hidangkan ayam bakar panas bersama sos ala Sukiya sebagai pencicah.
  • Lebih sedap dinikmati bersama nasi putih panas, kentang goreng atau salad segar.

Tips Cara Masak Ayam Bakar Lebih Sedap

  • Perap ayam lebih lama supaya rasa lebih meresap hingga ke dalam isi.
  • Gunakan bahagian peha atau drumstick jika mahukan ayam yang lebih berjus.
  • Jangan terlalu lama membakar ayam kerana ia boleh menyebabkan isi menjadi kering.
  • Sapu sedikit baki bahan perapan ketika proses membakar untuk mendapatkan permukaan ayam yang lebih cantik dan berkilat.
  • Jika suka rasa lebih pedas, tambah lagi cili padi atau cili oil ke dalam sos ala Sukiya.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Rahmah Hamzah

Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi! Wanita Kongsi Resipi Chili Oil Homemade, Lagi Sedap & Wangi Dari Yang Dijual

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

12 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

14 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

14 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

14 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

17 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

17 hours ago