Categories: ArtikelHiburan

Cara Makan Tembikai Campur Gula Jadi Bualan ‘Terlalu Kelate’, Rupanya Ramai Dah Lama Buat Sejak Dulu!

Cara makan tembikai selalunya cukup mudah — potong, sejukkan dan makan begitu sahaja ketika cuaca panas. Namun baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial mengenai cara makan tembikai campur gula telah mencuri perhatian ramai netizen.

Seorang lelaki menjadi tular selepas berkongsi dirinya menikmati tembikai dengan menaburkan gula di atas buah tersebut sebelum dimakan. Walaupun ada yang menganggap ia pelik, ramai rupanya mengaku sudah biasa makan tembikai seperti itu sejak kecil lagi.

Baca juga: Timun Besar Dalam Ayam Gepuk Buat Netizen Terhibur, Ramai Tak Sangka Saiznya Begitu ‘Mega’!

CARA MAKAN TEMBIKAI CAMPUR GULA BUKAN PERKARA BAHARU

Meninjau ruangan komen, ramai netizen mula berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara makan tembikai yang dianggap ‘legend’ oleh generasi lama.

Ada yang memberitahu ibu bapa mereka memang biasa menambah gula pada tembikai, terutama jika buah yang dibeli kurang manis. Malah, ada juga yang mengatakan cara ini cukup popular di beberapa negeri sejak dahulu lagi.

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Sy ore Kelate x rajin buat gitu, manis buah asli lagi sedap.”

“Mak saya asal Kedah pun makan macam ni juga.”

“Arwah abah dulu ajar makan tembikai dengan kicap manis, sedap weiii.”

“Cuba makan dengan susu pekat pula, memang lain macam.”

“Sedap cicah budu, baru padu!”

Netizen Kongsi Pelbagai Cara Makan Tembikai Yang Unik

Selain gula, ramai juga netizen berkongsi pelbagai versi unik ketika menikmati buah tembikai.

Ada yang pernah cuba makan bersama kicap manis, susu pekat dan juga budu. Gabungan rasa manis, masin dan segar itu dikatakan mempunyai rasa tersendiri, terutama bagi mereka yang membesar dengan cara makan seperti itu.

Bagi sesetengah individu pula, perkongsian tersebut mengimbau kembali kenangan lama bersama keluarga ketika zaman kanak-kanak.

Dahulu, gula sering digunakan sebagai penambah rasa bagi buah yang kurang manis, termasuk tembikai. Disebabkan itu, gaya makan tembikai campur gula bukanlah sesuatu yang asing bagi generasi terdahulu.

Cara Makan Tembikai Ikut Selera Masing-Masing

Hakikatnya, setiap orang mempunyai gaya makan tembikai yang berbeza mengikut selera masing-masing.

Ada yang lebih gemar menikmati buah secara asli tanpa tambahan apa-apa, manakala ada juga yang suka mencuba kombinasi pelik tetapi sedap.

Perkongsian santai tersebut akhirnya membuka ruang perbualan dalam kalangan netizen dan membuatkan ramai terkejut apabila mengetahui masih ramai yang menikmati tembikai dengan cara old school seperti itu.

Anda pula macam mana? Pernah cuba gaya makan tembikai campur gula atau ada kombinasi lain yang lebih unik?

Semoga bermanfaat!

Sumber: musafirmay

Baca juga: Isu Roti Katanya Dicucuk Jarum Diberi Makan Kepada Anjing Liar Tular, Netizen Risau & Kasihan!

Aimi

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 hours ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

4 hours ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

4 hours ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

5 hours ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

5 hours ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

6 hours ago