Categories: Tips & Petua

Cara Lembutkan Sotong Kering Dengan Cepat, Tak Perlu Rendam 1 Malam!

Pasti ramai yang suka memasak menggunakan sotong kering bukan? Namun begitu, tak ramai yang tahu cara lembutkan sotong kering dengan cepat kerana ada yang merendamnya selama 1 malam.

Salah satu menu yang sering dimasak menggunakan sotong kering adalah sambal tumis, goreng kunyit, masak lemak dan pelbagai masakan lain.

Oleh itu, mari kami kongsikan beberapa tips tersebut untuk anda praktikkan. Memang sangat menjimatkan masa dan tenaga setiap kali mahu memasaknya.

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut

CARA LEMBUTKAN SOTONG KERING DENGAN CEPAT

Petua 1

Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama 1 hingga 2 jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua 2

Jemur kulit durian sehingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Seterusnya bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua 3

Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut. Apabila sudah lembut, boleh tos dan bersihkan sotong. Kemudian boleh terus boleh digunakan untuk memasak juadah yang disukai.

Sumber: Resepi Pembuka Selera

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup & Tak Hancur

Nasiha

Recent Posts

5 Cara Pilih Buah Delima Yang Berkualiti & Rasa Manis, Confirm Anda Puas Hati!

Buah delima memang terkenal dengan rasa manis yang unik dan banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan,…

5 hours ago

Resipi Sup Telur Pecah, Menu Mudah Tapi Buat Menambah!

Jika anda teringin menu yang senang dan tidak berat, cubalah resipi sup telur pecah atau…

7 hours ago

Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!

Orang Malaysia memang suka masak lauk sambal kerana kena dengan citarasa tekak yang sukakan pedas.…

8 hours ago

Resipi Dessert Cheese Indulgence, Setiap Suapan Rasa Lembut Berkrim!

Cara buat cheese indulgence ini sebenarnya sangat mudah dan ringkas, sesuai untuk sesiapa sahaja yang…

9 hours ago

Cara Buat Cucur Bilis Kembung, Rangup & Bulat-Bulat Comel!

Cucur bilis kembung yang dikongsikan oleh Princess Larra Lanna ini memang sedap! Bentuknya bulat elok…

9 hours ago

Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus

Sudah sering makan apam versi biasa, tapi kali ini lain dari yang lain kerana kami…

11 hours ago