Categories: Tips & Petua

Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!

Orang Malaysia memang suka masak lauk sambal kerana kena dengan citarasa tekak yang sukakan pedas. Kali ini, kami nak kongsikan tips masak lauk sambal yang sedap.

Sambal boleh digunakan untuk pelbagai jenis lauk seperti ikan, telur, ayam, udang, sotong dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh masak sambal dengan sayur seperti tauhu dan tempe.

Buat anda yang suka masak lauk sambal untuk keluarga di rumah tapi selalu tak menjadi, kami ada tips menarik yang boleh dicuba mulai hari ini dan hasilnya memang sedap tak terkata.

Tips masak lauk sambal ini telah dikongsikan oleh Syalfarina Razali di Facebook yang diajarkan turun-temurun daripada ibunya. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

TIPS MASAK LAUK SAMBAL YANG SEDAP

1. Jika masak lauk sambal untuk keluarga kita saja di rumah, lebih baik tumbuk semua bawang yang nak digunakan sebab lebih sedap.

2. Saya perasan selepas mak saya tumis, ada saki baki bawang dalam lesung, dia letak air di dalamnya dan masuk dalam tumisan.

3. Mak saya pakai belacan, tapi sedikit saja. Jika tak pakai pun okay juga, tetap lauk sambalnya sedap.

4. Mak saya tumis agak lama. Kadangkala sampai 3 hingga 4 kali ulang masuk air dan kecilkan api sampai pecah minyak. Jika nak masak lauk sambal yang sedap, memang kena sabar.

5. Saya baru tahu ada bahan rahsia yang boleh dijadikan sebagai penyedap sambal, iaitu gula Melaka. Nak masukkannya kena agak-agak, tapi lauk sambal akan terasa sedap berlemak tau.

6. Lauk sambal kena terasa air asam jawanya sebab perlu ada masam, manis dan masin yang seimbang, barulah sedap. Waktu saya mula-mula masak, mak saya selalu kritik sebab tak cukup asam jawa.

Selepas menggunakan tips ini, bolehlah anda buat hidangan yang lebih sedap dan menyelerakan untuk keluarga tersayang di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago