Categories: Tips & Petua

Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya

Ramai yang selalu masak nasi lebih pada waktu tengah hari supaya dapat gunakannya untuk makan malam. Jika hadapi masalah nasi keras, boleh lembutkan semula dengan cara ini.

Nasi ialah sumber karbohidrat yang baik untuk beri tenaga kepada tubuh badan dan boleh dimakan sama ada sekali atau dua kali pada waktu makan utama dengan kadar bersesuaian.

Masalah nasi keras sering terjadi sama ada sukatan airnya terkurang ketika anda memasaknya ataupun ia telah dimasak dan dibiarkan terlalu lama.

Boleh dikatakan semua orang yang suka memasak akan hadapi masalah ini. Namun, kami telah jumpa satu cara untuk anda lembutkan semula nasi keras dan kering. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

CARA LEMBUTKAN NASI KERAS DAN KERING

1. Mula-mula, anda perlu masak semula nasi yang telah keras dan kering itu dengan menggunakan periuk nasi.

2. Lebih kurang 10 hingga 15 minit, anda buka saja periuk nasi dan tambahkan air secukupnya.

3. Selepas tambah air, jangan lupa untuk gaul nasi dengan rata. Jika anda rasa airnya kurang, boleh tambahkan.

4. Seterusnya, anda perlu tutup semula periuk nasi dan masak seperti biasa.

5. Setelah nasi siap dimasak, anda boleh buka periuk nasi dan terus keluarkan bekasnya. Siap untuk dimakan!

Dengan menggunakan tips ini, masalah nasi keras pasti dapat diselesaikan dengan mudah. Hasilnya, anda akan dapat semula nasi yang lembut dan boleh makan dengan senang hati.

Kadangkala memasak ada silapnya di mana-mana, tapi cara ini sangat menarik untuk betulkannya semula. Selepas ini, taklah stres makan nasi yang susah dikunyah.

Jika kongsikan tips berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan, nescaya mereka akan terkejut dengan hasilnya dan pasti berterima kasih kepada anda nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: E R L I N N H

Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!

Aimi

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

8 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

9 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

10 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

11 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

11 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

11 hours ago