Categories: Tips & Petua

Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak

Bagi anda yang ingin menjalani diet tetapi masih mahu makan nasi putih, boleh ikuti cara kurangkan kalori nasi menerusi perkongsian ini. 

Kalori nasi putih adalah satu masalah utama dalam kalangan rakyat Malaysia moden. Ini kerana, ia merupakan makanan utama di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan lain-lain. Namun, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia.

Satu cawan nasi (186 gram) yang dimasak mengandungi kira-kira 242 kalori. Ini merisaukan lagi kerana nasi biasanya merupakan sebahagian daripada hidangan utama yang disertakan dengan pelbagai jenis lauk.

Baca juga: Cara Sukat Air Guna Jari Untuk Masak Nasi, Pulut Dan Bubur

Untuk mengurangkan pengambilan kalori tanpa mengurangkan nasi harian, terdapat cara alternatif yang boleh digunakan. Beras yang mengandungi kanji degil atau resistant starch (RS), tidak dapat dicerna oleh manusia dan tidak diserap dengan cepat.

Kanji ini dimetabolismekan dalam kolon dan membantu pertumbuhan bakteria usus yang sihat. Semakin banyak kanji degil dalam makanan, semakin sedikit kalori yang diserap.

CARA KURANGKAN KALORI NASI PUTIH, SESUAI UNTUK ANDA YANG NAK BERDIET

Langkah-langkah untuk mengurangkan kalori nasi putih:

1. Didihkan air mengikut sukatan beras.
2. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa.
3. Masukkan separuh cawan beras.
4. Selepas dimasak, simpan nasi dalam peti sejuk selama 12 jam.
5. Kukus nasi sebelum dimakan.

Nasi yang dimasak dengan cara ini mengandungi sekurang-kurangnya 10 kali ganda kanji degil berbanding nasi biasa dan mempunyai 10-15% kalori yang lebih rendah. Dengan beberapa jenis beras, kaedah ini boleh mengurangkan kalori nasi putih sehingga 50-60%.

Molekul lemak dari minyak kelapa membantu mengubah struktur glukosa dalam nasi, menjadikannya lebih tahan penghadaman. Memanaskan semula nasi tidak mengubah tahap kanji degil.

Oleh itu, kaedah ini adalah pilihan yang baik untuk mengurangkan kalori nasi putih. Semoga bermanfaat.

Sumber: The Indian Express

Baca juga: Keropok Nasi Sejuk Cara MUDAH, Tak Membazir Buang Macam Itu Saja

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

3 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

7 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

9 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

10 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

10 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

10 hours ago