Rupa-rupanya, ada ‘trik’ mudah untuk memakan buah manggis tanpa kotorkan kedua-kedua tangan. Boleh ikut cara kupas manggis yang betul dari lelaki ini.
Buah manggis juga sering digandingkan dengan buah durian sebagai pasangan kepada buah itu kerana ia kerap berbuah pada musim yang sama.
Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik
Tetapi, disebalik rasanya yang manis dan sedap, ia juga mampu meninggalkan kesan kepada tapak tangan jika kita mengupasnya dan menyebabkan tangan kita kotor.
Ia juga mampu meninggalkan kesan kepada pakaian dan akan mengambil masa yang lama untuk dihilangkan.
Namun, menerusi perkongsian dari Fathull Najmi di Tiktok, beliau telah memberikan cara bagaimana ingin mengupas manggis dengan cara yang betul tanpa menyebabkan tapak tangan anda kotor.
Ikuti trik atau caranya di bawah.
Kebiasaannya orang ramai pasti akan membuka buah tersebut dengan meletakkan manggis di dalam kedua telapak tangan dan tekan dengan sekuat hati.
Tetapi, cara tersebut tidak salah namun ia akan mengotorkan kedua-dua telapak tangan.
Jelas beliau, apa yang perlu dilakukan adalah dengan melihat kedudukan tangkai tersebut dan selepas mengenal pasti kedudukannya, hadapkan tangkai itu ke hadapan.
Video Penuh:
@fathullnajmi Cara Makan Buah Manggis Tanpa Kotorkan Tangan #carabukamanggis #buahmanggis #makanbuahmanggis #carabukabuahmanggis #manggis
Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif dari netizen yang rata-rata daripada mereka berasa kesal kerana baru mengetahui cara mengupas yang betul walaupun sudah lama menikmati buah tersebut.
Video yang dikongsikan empat hari lalu itu setakat ini telah mendapat lebih daripada 4.2 Juta tontonan serta mendapat 195.K tanda suka.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Tiktok Fathull Najmi
Baca juga: Salad Buah Lemak Berkrim, Resepi Viral Dapat Lebih 5.5K Shares!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…