cara hilangkan sakit tekak

Kalau anda sedang mencari cara hilangkan sakit tekak secara semula jadi, jangan risau kerana ada banyak bahan di dapur yang boleh membantu melegakan tekak yang pedih dan gatal.

Sakit tekak bukan sahaja menyakitkan, malah boleh ganggu aktiviti harian dan membuatkan mood terganggu. Oleh itu, jom kami kongsikan 7 petua mudah yang anda boleh cuba di rumah.

Namun, jika sakit tekak masih berterusan, disarankan untuk berjumpa doktor supaya masalah tidak berlarutan.

Baca juga: Tak Perlu Pecahkan, Ini Cara Mudah Nak Tahu Telur Masih Segar Atau Busuk

CARA HILANGKAN SAKIT TEKAK GUNA 7 BAHAN SEMULA JADI

cara hilangkan sakit tekak

1. Lemon – Kuatkan Sistem Imun Badan

Campurkan perahan sebiji lemon dengan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Minum sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk kesan yang cepat.

2. Madu – Antibakteria, Antivirus & Antikulat

Madu boleh diambil terus atau dicampur dengan air suam atau teh panas. Minum di awal pagi untuk kesan optimum. Pastikan madu yang digunakan adalah madu asli.

3. Air Garam – Kurangkan Bengkak

Campurkan 1 sudu besar garam ke dalam segelas air suam dan gunakan untuk berkumur. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi hasil terbaik.

4. Kunyit Serbuk – Redakan Bengkak Tonsil

Campurkan serbuk kunyit semula jadi dengan susu panas. Minum sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk meredakan rasa sengal dan bengkak di tekak.

5. Cengkih – Melegakan Tekak

Campurkan 1 sudu teh serbuk cengkih dengan air suam, kacau sehingga sebati dan gunakan untuk berkumur selama 3 saat, kemudian buang airnya. Ulang langkah ini sehingga air habis.

6. Teh Panas – Kaya Antioksida

Minum teh panas, contohnya teh hijau atau teh halia. Ia membantu melegakan tekak dan memberi kesan antioksida.

7. Aiskrim Vanilla – Melegakan Sementara

Makan aiskrim vanilla dalam bekas untuk menenangkan tekak yang sakit.
Elakkan minum air batu atau minuman sejuk lain, kerana ia boleh memburukkan lagi sakit tekak.

Nota: Jika dah amalkan semua petua tetapi masih sakit tekak, sila berjumpa doktor. Jangan biarkan keadaan berlarutan tanpa rawatan.

Sumber: Delisha Akmal

Baca juga: Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN