Ramai yang suka makan ikan patin, tapi tak ramai yang pandai memasaknya. Lebih-lebih lagi dalam bab menyiangnya, ramai yang tak tahu petua hilangkan hanyir ikan patin ini.
Jika salah cara siang, ikan patin yang sudah dimasak akan berbau hanyir. Memang tak selera bila nak makan dan akhirnya ke ‘tong sampah’ juga.
Selain dari membasuh ikan dengan asam jawa dan tepung gandum, ada cara lain yang anda boleh praktikkan untuk menghilangkan rasa hanyir ini.
Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je
Mungkin ramai yang tidak tahu cara yang dikongsikan oleh Rozniza Hussin. Menurutnya, kita perlu mencari ‘urat’ dalam ikan patin untuk mengelakkan bau hanyir.
Urat tersebut berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri.
Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong, cari urat di celah-celah isi ikan. Bila sudah jumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik sahaja urat tersebut.
3. Ini dia urat yang membuatkan ikan patin kita berbau hanyir.
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Sumber: Rozniza Hussin via Vanilla Kismis
Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je