Peti ais adalah tempat simpan pelbagai jenis makanan seperti lauk mentah, lebihan makanan, sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Bila semuanya disimpan dalam satu ruang tertutup, bau kurang menyenangkan boleh muncul, terutama jika ada makanan yang sudah rosak atau tumpahan yang tidak dibersihkan segera.
Tapi jangan risau, anda tak perlu guna pewangi khas yang mahal pun untuk menghilangkan bau ‘tidak sedap’ itu.
Sebenarnya, ada beberapa barang dapur yang boleh dijadikan pewangi semula jadi untuk peti sejuk. Mudah, jimat dan pastinya selamat digunakan.
Mari baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk ketahui apakah barang dapur yang berkesan menghilangkan bau dalam peti sejuk anda.
Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk
1. Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat memang terkenal dengan fungsi menyerap bau. Letakkan satu mangkuk kecil berisi soda bikarbonat (baking soda) dalam peti sejuk.
Ia akan menyerap segala bau kuat termasuk dari durian, ikan atau lauk berkuah. Tukar soda setiap 2 minggu untuk kesan yang lebih efektif.
Tip tambahan: Letak dalam bekas terbuka atau tebuk beberapa lubang kecil pada penutup bekas supaya udara bebas bergerak.
2. Serbuk Kopi
Kopi bukan hanya sedap diminum, tapi juga sangat bagus untuk menyerap bau. Letakkan serbuk kopi atau lebihan hampas kopi yang sudah kering dalam bekas kecil tanpa penutup.
Aroma kopi bukan sahaja menyerap bau busuk, tapi turut beri haruman segar setiap kali buka peti.
Tip: Gunakan serbuk kopi yang belum digunakan jika mahu bau yang lebih kuat.
3. Kulit Limau atau Lemon
Jangan buang kulit limau, lemon atau oren selepas makan! Kulit buah sitrus ini kaya dengan minyak semula jadi yang wangi dan menyegarkan.
Letak beberapa kulit dalam mangkuk kecil dan simpan di sudut peti sejuk. Ia boleh menghilangkan bau busuk, malah beri aroma segar dan menyenangkan.
Tip: Boleh juga campurkan sedikit cuka atau baking soda dengan kulit ini untuk kesan dua kali ganda.
Petua tambahan:
Baca juga: Cara Pilih Petai Yang Tak Busuk & Segar, Guna Tip Ini Semasa Membeli!
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…