PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-11-04 08:18:12

Mungkin tak ramai yang suka salad. Alasan biasanya sebab tak sedap dan tawar. Orang beranggapan bahawa salad ni makanan untuk turunkan berat. Jaranglah orang makan salad sebab saja nak makan. So macam mana kita nak hidang salad supaya sedap dan orang suka makan? Ikuti tips ini.

1. Pemilihan Sayur

Photo Credit: foodandstyle.com

Ini komponen paling penting dalam hidangan salad. Warna utama yang akan kelihatan dalam mangkuk atau pinggan korang ialah warna sayur. So make sure korang pandai pilih sayur. Selain salad, korang boleh letakkan kubis, bayam dan sawi.

2. Kerangupan

Photo Credit: yoffielife.com

Kombinasi elemen kerangupan ini melengkapkan semangkuk salad. Korang boleh cuba masukkan lobak merah, timun, tauge atau zuchini. Kalau nak letak buah macam epal pun boleh. Ia dapat memberi rasa manis kepada salad "tawar" korang. 

3. Bahan "Rahsia"

Photo Credit: ruralmessenger.com

Ini khas untuk mereka yang memilih bab makan salad. Untuk orang macam ni, perlu ada elemen unik yang akan menyebabkan hidangan menjadi menarik seperti tembikai, avokado dan tomato. Tapi kena lah make sure tak diletakkan terlalu banyak. Kalau tidak, akan mengganggu khasiat salad korang.

4. Protein

Photo Credit: goya.com

Apa-apa yang kita makan, mestilah seimbang. So salad pun perlulah ada protein. Letak lah tuna, ayam atau daging dalam salad korang. Sama ada nak memanggang atau merebus tu terpulanglah. Yang penting mesti ada.

5. Sos

Photo Credit: cabotcheese.coop

Setiap salad memerlukan penambah rasa untuk menyempurnakan hidangan tersebut. So korang boleh letak jus buah-buahan sebagai pemanis kepada salad tersebut. Kalau nak masam-masam sikit, gaulkan cuka, lemon dan mustard. Ini semua dapat menyedapkan hidangan korang.

Jelas sekali salad bukan hidangan yang membosankan. Banyak cara untuk upgrade makanan "diet" ni. Nak makan saja-saja pun tak de masalah. Yang penting, seimbang dan sedap.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN