Categories: Tips & Petua

Cara Guna Kelapa Parut Kering Segera, Baru Sedap Makan Dengan Kuih!

Pernah nampak kelapa parut kering segera yang dijual di kedai runcit, tapi tak ramai tahu cara gunakannya. Jangan risau, kali ini kami akan ajar anda cara mengolahnya dengan betul.

Buat pengetahuan anda, kelapa parut jenis ini diperbuat daripada isi kelapa tua yang diparut halus, kemudian dikeringkan supaya tahan lama.

Tak semua orang boleh parut kelapa segar sendiri di rumah, terutamanya mereka yang duduk di bandar. Jadi, kelapa inilah yang banyak membantu kerana ia mudah dan cepat digunakan.

Kelapa ini sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan pembuatan kuih-muih seperti kuih bingka, kuih ketayap, kek kelapa dan boleh juga dijadikan sebagai inti kelapa manis.

Tapi jika anda ingin gunakannya untuk dimakan bersama kuih seperti kuih kaswi, kuih apam, onde-onde dan sebagainya, anda perlu gunakan cara di bawah supaya rasanya lebih sedap.

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

CARA GUNA KELAPA PARUT KERING SEGERA

Bahan-bahan:

  • 1 paket kelapa parut kering segera
  • Air panas
  • Santan
  • Garam

1. Mula-mula, keluarkan kelapa parut daripada paketnya dan masukkan dalam satu bekas yang sesuai.

2. Selepas itu, campurkan kelapa parut dengan air panas, santan dan garam.

3. Kemudian, kacau adunan sampai sebati secara perlahan-lahan dengan garfu.

4. Setelah itu, kukus adunan selama 10 minit sampai jadi seperti dalam gambar di bawah.

5. Jika nak kering lagi, boleh tambah masa dan kukus sampai anda puas hati dengan hasilnya. Siap untuk digunakan!

Tips guna kelapa parut kering segera ini sangat mudah dengan mengukusnya saja bersama air panas, santan dan garam. Setelah kukus, bolehlah guna untuk makan dengan kuih.

Selamat mencuba!

Sumber: Nursida Nahar

Baca juga: Cara Buat Santan Segar Dengan Isi Kelapa, Trik Tanpa Mesin Ini Serius Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

53 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

20 hours ago