cara goreng paru rangup

Paru crispy memang salah satu lauk kegemaran ramai. Rangup di luar, lembut di dalam, ia sesuai dimakan bersama nasi panas atau dijadikan kudapan ringan pada bila-bila masa. Dalam panduan ini, kami tunjukkan cara goreng paru rangup yang mudah diikuti supaya setiap hidangan menjadi lebih sedap dan wangi.

Kadang-kadang, memasak paru boleh jadi mencabar, terutama untuk hilangkan bau hanyir yang kurang menyenangkan. Jangan risau, dengan beberapa tip mudah, paru boleh dimasak sehingga rangup dan wangi, tanpa rasa hanyir sama sekali.

Di sini, anda akan belajar langkah demi langkah cara goreng paru rangup, termasuk teknik perapan dan gorengan dua kali supaya hasilnya sempurna. Anda juga boleh cuba pelbagai tambahan seperti sambal ikan bilis garing, salted egg, keju atau serbuk cili untuk menambah kelainan rasa.

Baca juga: Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

CARA GORENG PARU RANGUP

cara goreng paru rangup

Bahan Rebusan Paru A:

  • ½ kilo paru mentah
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 keping asam keping

Bahan Perapan B:

  • 10 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar ibu rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar – kisar halus atau kasar)
  • 1 sudu besar serbuk cili (pilihan)
  • 1 sudu besar serbuk kari + garam masala (pilihan)
  • 6 sudu besar tepung bestari
  • Minyak masak untuk menggoreng

Tip Hilangkan Bau Hanyir Paru:

  1. Basuh paru dan buang darah beku di celah-celah paru. Taburkan sedikit tepung gandum dan biarkan ½ hingga 1 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.
    Rendam paru dengan air asam jawa atau limau nipis selama beberapa minit.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan paru bersama halia, serai, garam dan asam keping ke dalam periuk. Rebus selama 30 minit. Angkat, tos dan biarkan sejuk. Untuk hasil terbaik, simpan dalam peti sejuk semalaman supaya mudah dihiris nipis.
  2. Hiris paru nipis-nipis. Campurkan semua bahan perapan B ke dalam paru dan gaul sebati. Perap sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk rempah meresap.
  3. Panaskan minyak sehingga berasap. Goreng paru sedikit demi sedikit, kacau dan leraikan supaya tidak bergumpal. Goreng selama 5-7 minit dengan api sederhana. Angkat dan tos.
  4. Panaskan semula minyak dengan api besar. Goreng paru yang telah digoreng sekali tadi selama beberapa saat sahaja untuk rangupkan luar. Angkat, tos dan sejukkan seketika.
  5. Paru crispy sedia untuk dimakan. Boleh dimakan begitu sahaja atau tambah sambal ikan bilis garing, salted egg, cheese, chili flakes atau garlic chili oil untuk kelainan rasa.

Sumber: Cik Ma

Baca juga: Resipi Ayam Bakar BBQ Yang Beraroma & Juicy, Rempah Perapan Meresap Sampai Ke Isi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN