Pernahkah anda mengalami masalah air rebusan melimpah ketika merebus sesuatu makanan? Tidak kiralah sama ada merebus daging, sayur, telur, spageti atau sebagainya.
Air rebusan yang melimpah ini akan menyebabkan kawasan dapur menjadi comot dan kotor. Letih juga hendak mengelap nanti! Oleh itu, terdapat banyak tip untuk mengelakkan air rebusan dari melimpah keluar.
Mari ikuti perkongsian artikel ini sehingga selesai. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Jangan Risau Jika Kuah Santan Pecah Minyak, Baiki Semula Dengan Letak ‘Daun’ Ini
Untuk pastikan air tidak melimpah, jangan terlalu banyak air. Sebaliknya, tuangkan air secukupnya supaya tak terlalu penuh ketika merebus.
Kurangkan risiko air merebus melimpah dengan mengecilkan api dan tidak mengguna api yang besar.
Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan jika memasak makanan berasaskan santan dan susu supaya bahan ini tidak pecah minyak dan kekal berlemak.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan senduk kayu di atas permukaan periuk untuk mengelakkan daripada air rebusan melimpah keluar. Cara ini adalah salah satu tip orang zaman dahulu dan mungkin ramai yang sudah biasa dengarnya.
Anda juga perlu sentiasa kacau masakan itu agar air tidak melimpah keluar. Teknik ini juga boleh dilakukan sesama memasak makanan yang bersantan dan susu supaya bahan-bahan itu tidak pecah minyak.
Sumber: Harian Post
Baca juga: Panduan Kira Bahan Memasak Untuk Jamuan, Baru Tak Terlebih & Tak Terkurang
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…