Categories: Tips & Petua

Periuk Nasi Berkulat Jangan Cuci Biasa, Buat Petua ‘Orang Lama’ Ini Supaya Tak Cepat Basi!

Pernah tak anda terlupa nak basuh periuk nasi sampai berkulat? Memang boleh buat ramai rasa geli, malah ada yang terus fikir nak buang saja. Tak sanggup nak guna untuk masak nasi baru!

Periuk nasi yang pernah berkulat atau basi sebenarnya boleh menyebabkan nasi yang dimasak selepas itu jadi cepat rosak dan tidak tahan lama jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.

Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!

CARA BETUL CUCI PERIUK NASI BERKULAT

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial berkongsi petua mudah yang ramai sangat berguna terutama untuk ibu bapa yang sibuk di rumah.

“Kalau tertinggal nasi dalam periuk sampai kulat, jangan risau. Basuh bersih-bersih macam biasa, kemudian buat macam ini. Paling penting, lepas lap, biarkan periuk tu terbuka sekejap (air it out) supaya betul-betul kering. Kalau tak, nanti nasi baru masak pun cepat basi. Ini petua orang lama=, maklumlah sejak ada newborn ni, kadang-kadang bila orang lain tolong masakkan, kita terlepas pandang.”

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang mengaku pernah mengalami situasi sama, terutama bila terlalu sibuk menguruskan rumah dan anak kecil.

“Memang kalau periuk dah sekali basi , nasi lepastu pun tak tahan lama, saya memang extra sikit. Rebus air garam, atas api bagi mendidih api slow, kalau malas on api, letak dalam rice cooker biar dia didih atas rice cooker tu, lepastu sental bagi berkilat. Nasi tahan 1 hari lebih,” tulis seorang pengguna media sosial.

Menurutnya, kaedah merebus air garam dalam periuk nasi dapat membantu menghilangkan bau dan kesan yang mungkin masih melekat pada permukaan periuk. Selepas itu, periuk perlu disental sehingga bersih dan berkilat sebelum digunakan semula.

Ada juga yang bersetuju dan mengamalkan petua sama sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Ya. Saya pun buat macam ini. At least seminggu sekali. Haritu ingat sebab tukar periuk baru jadi cepat basi. Buangkan lah nasi masak malam pagi esok dah basi. So baru teringat petua ini. Sekarang ini ok dah nasi tak cepat basi. I biasa maask nasi petang balik kerja, jadi esok pagi-pagi boleh baawk bekal pegi kerja,” ujar seorang pengguna lain.

Perkongsian itu membuatkan ramai baru sedar bahawa masalah nasi cepat basi bukan semata-mata disebabkan jenis beras atau rice cooker rosak, tetapi boleh jadi berpunca daripada periuk nasi yang masih mempunyai sisa bau, lembapan atau bakteria yang tertinggal.

Sumber: Thread ati.azhr

Baca juga: Dah Cuci Sabun Tapi Bau Tak Hilang? Ini Cara ‘Deep Clean’ Air Fryer Supaya Bersih Macam Baru Beli!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

28 mins ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

4 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

7 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

7 hours ago