Cara bersihkan mesin waffle sebenarnya tak semestinya memerlukan pencuci khas atau kena sental bahagian celah-celah acuan sampai lenguh tangan. Kalau selalu buat waffle, croffle atau makanan yang menggunakan gula, pasti pernah berdepan dengan masalah sisa adunan dan gula yang melekat pada permukaan mesin.

Lebih-lebih lagi kalau gula terkena acuan dan dipanaskan berulang kali. Lama-lama boleh terbentuk kerak yang nampak hitam, melekit dan susah nak ditanggalkan. Malah, ada pengguna di Threads berkongsi pengalaman melihat mesin waffle di sebuah kedai yang penuh dengan kerak hitam.

Kalau mesin waffle di rumah atau kedai dah mula nampak berkerak, ada satu cara mudah yang boleh dicuba. Hanya perlukan air dan tepung jagung untuk menghasilkan bancuhan yang kemudiannya digunakan pada acuan mesin.

Baca juga: Rahsia Waffle Gebu & Rangup Sama Macam Beli, Ikut Saja Sukatan Ini!

CARA BERSIHKAN MESIN WAFFLE

Bahan-bahan:

Cara-cara bersihkan:

  1. Masukkan 100g air dan 30g tepung jagung ke dalam mangkuk. Kacau sehingga tepung jagung larut dan bancuhan tidak berketul.
  2. Untuk kaedah ini, bancuhan digunakan ketika acuan masih panas atau suam mengikut kesesuaian mesin. Namun, pastikan ikut arahan keselamatan mesin waffle masing-masing kerana setiap model mempunyai spesifikasi dan arahan penjagaan yang berbeza.
  3. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan air pada bahagian acuan yang mempunyai sisa melekat. Biarkan bancuhan bertindak pada permukaan tersebut.
  4. Apabila bancuhan menjadi lebih pejal, ia boleh membantu mengangkat sisa minyak, adunan dan kotoran yang melekat pada celah-celah acuan. Kaedah tepung jagung dan air ini juga digunakan sebagai cara alternatif untuk membersihkan waffle iron tanpa pencuci yang keras.
  5. Selepas itu, keluarkan bancuhan yang telah mengeras dengan berhati-hati. Kemudian, lap acuan menggunakan kain atau tisu yang sesuai sehingga bersih.

Bahagian acuan mesin waffle biasanya mempunyai permukaan yang mempunyai banyak lekuk dan bagi sesetengah model, salutan non-stick. Jadi elakkan menggunakan berus kasar, penyental besi, pisau atau objek tajam untuk mengikis kerak kerana ia boleh merosakkan permukaan.

Selepas digunakan, sebaiknya mesin dibersihkan secara berkala supaya sisa adunan, minyak dan gula tidak terus terkumpul. Untuk kerja pembersihan biasa, pastikan mesin dicabut daripada soket dan ikut arahan penjagaan yang diberikan oleh pengeluar. Jangan rendam keseluruhan mesin dalam air.

Kalau selalu guna mesin yang sama untuk buat waffle dan croffle, memang berbaloi cuba petua ini. Tak perlu banyak bahan, hanya bancuh air dengan tepung jagung dan gunakan untuk membantu menanggalkan sisa yang melekat pada acuan.

Sumber: Thread @bibitasya

Baca juga: Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending