kulat sisir

Cendawan kulat sisir atau turut dikenali dengan nama lain seperti cendawan tapak tiung atau jamur gerigit, lazimnya ditemui pada batang pokok kayu mati atau hidup.

Selain itu, cendawan ini hanya tumbuh meliar dan mula hidup selepas hujan. Tidak hairanlah, cendawan tersebut sukar didapati kerana boleh ditemui pada musim tertentu sahaja. 

Biasanya cendawan sisir ini digunakan untuk masakan seperti cendawan sisir goreng cili api, cendawan sisir goreng kunyit, cendawan sisir masak lemak dan banyak lagi.

Namun begitu, masakan yang menggunakan cendawan sisir akan terasa hapak kayu jika tidak dibersihkan dengan betul.

Oleh itu, mari kita pelajari cara mencucinya dengan betul yang telah dikongsikan oleh Saudari Nurul Shima yang ada di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Sihat Tanpa Gula & MSG, Kenyang Pulak Tu!

CARA CUCI KULAT SISIR UNTUK ELAK RASA HAPAK

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Rendam kulat sisir di dalam air garam selama 20 minit.

2. Kemudian, toskan air garam tadi dan rendam sekali lagi menggunakan air biasa selama 20 minit.

3. Kaut cendawan tadi menggunakan tangan. Hal tersebut untuk mengelakkan sisa kotoran melekat semula pada cendawan.

4. Cendawan sisir sedia untuk digunakan dalam apa jua masakan. Semoga bermanfaat!

Kredit: Twitter Nurul Shima

Baca juga: Resipi Cendawan Celup Tepung Rangup, Memang Ketagih Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN