Setiap rumah pasti wajib ada kain lap dapur ni. Maklumlah, ada saja nak mengelap tumpahan makanan, kotoran serta sisa makanan di dapur.
Kain ini jika dibiarkan berhari-hari tanpa dibasuh akan menyebabkan kotoran melekat dan berbau masam yang susah nak cuci. Dah sental dengan sabun pun belum tentu hilang.
Sebab itu nak basuh kain lap dapur pun kena ada caranya barulah kotoran hilang. Ini cara mudahnya yang dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga seorang guru kelas masakan.
Keaedah yang diajarkan ini tanpa perlu merendam atau memberus kain kotor itu tapi hasilnya kain bersih dan bau pun hilang.
Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!
Biasa bila kain dah kotor kita masuk balik dalam baldi, buh sabun dan air. Biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.
Ni cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci…
1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun boleh je.
2. Masukkan air dan sabun pencuci. Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Kemudian tambah sedikit soda. Kacau-kacau sebatikan.
3. Rebus air atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu dan rebus selama 10 minit.
4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.
5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.
6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…